LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 2000

Tahun 2000 merupakan tahun kejayaan Siti Nurhaliza kerana memenangi banyak anugerah utama di dalam bidang seni pada tahun itu. Komposer LY pula merupakan komposer paling popular pada  tahun itu.  Penulis Lirik Popular pula jatuh kepada Baiduri. Tahun ini juga menyaksikan irama muzik daripada Indonesia menguasai pasaran muzik Malaysia. Jom kita tengok lagu manakah paling popular pada tahun 1990 di Malaysia.




TOP 12
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR 

TAHUN 2000


01. SHA NA NA


Artis : Amy Mastura 
Komposer : Amy Mastura
Penulis Lirik : Amy Mastura
Album : Bintang Hati
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini adalah lagu tema budak remaja awal 2000 an. Hampir semua budak sekolah pada tahun itu suka lagu ini. Lagu ini juga mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjadi Juara Carta Muzik Muzik 2000 hampir 13 minggu berturut-turut. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 2000. Lagu ini adalah Lagu Malaysia Paling Popular Tahun 2000. Lagu ini juga mempunyai gaya tarian tersendiri dan menjadi ikutan ramai peminat pada tahun itu.


02. JANGAN LAFAZKAN
Artis : Kumpulan KRU
Komposer : Kumpulan KRU
Penulis Lirik : Kumpulan KRU
Album : Formula Luarbiasa 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini adalah lagu Pop R&B paling berjaya nyanyian kumpulan KRU selain lagu Apa Saja (1996). Lagu ini popular di hujung tahun 1999 dan kekal  popular sehingga hujung tahun 2000. 




03. AKAR DAN BUMI
Artis : Kumpulan Amuk
Komposer : Bong 
Penulis Lirik : Azam Dungun
Album : Formula Luarbiasa 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu Rock ini adalah salah satu lagu Rock paling popular di Malaysia sepanjang zaman. Intro awal lagu ini menjadi viral di kalangan pendengar muzik pada tahun itu kerana kagum dengan lontaran vokal hebat Bandi Amuk yang cukup hebat dan mantap itu. 



04 . BINTANG HATI
Artis : Amy Mastura 
Komposer : Goh Boh Hoe
Penulis Lirik : Amran Omar
Album : Bintang Hati
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini cukup popular pada tahun 2000 kerana muziknya yang sangat moden dan video muziknya yang berkualiti. Lagu ini berjaya memenangi Kategori Pop Rock di AJL 2000.




05 . BALQIS
Artis : Siti Nurhaliza
Komposer : Pak Ngah
Penulis Lirik : Hairul Anuar Harun
Album : Sahmura 
Tahun : 2000
Catatan :
Album ini mencetuskan rekod tersendiri apabila menjadi album Malaysia pertama dilancarkan di tahun Y2K itu. Lagu irama samrah yang berjudul Balqis ini telah berjaya menjadi Juara AJL 2000 dan mengekalkan populariti Siti pada tahun itu. 


06 . NOUR EL AIN
Artis : Sharifah Aini
Komposer : Nasser Al Mezdawy 
Penulis Lirik : Ahmed Shata
Album : Seribu Mawar
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini merupakan antara lagu perintis kepada fenomena lagu Arab yang melanda Malaysia pada hujung tahun 2000 dan 2001. Allahyarhamha Sharifah Aini telah berjaya mempopularkan lagu asal Amr Diab ini di Malaysia dengan gayanya tersendiri. 



07 . PERGI TAK KEMBALI
Artis : Kunpulan Rabbani
Komposer : Kumpulan KRU
Penulis Lirik : Kumpulan KRU
Album : Pergi Tak Kembali
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini adalah lagu perintis kepada perubahan muzik secara drastik untuk irama Nasyid di Malaysia. Ramai terkejut apabila mendengar lagu ini  kerana lagu ini berkonsepkan irama Pop Dance tetapi liriknya adalah mengenai isu ketuhanan. Disebabkan lagu ini juga, Rabbani telah berjaya satu identiti penyanyi Nasyid yang tersendiri dan menarik generasi muda untuk meminati lagu mereka. 



08 . SETIAKU KORBANKAN

Artis :
Fauziah Latiff
Komposer : LY
Penulis Lirik : Baiduri
Album : Jee No.1's
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu Pop Balada yang penuh shahdu ini sememangnya amat popular pada tahun 2000.  Disebabkan populariti hebat lagu ini, album Fauziah Latif berjudul Jee No.1's itu sangat laris di pasaran.



09 . SEJARAH MUNGKIN BERULANG

Artis :
Kumpulan New Boyz
Komposer : Aiman
Penulis Lirik : Lukhman.S
Album : Sejarah Mungkin Berulang
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu ini mencetuskan fenomena yang sangat hebat di kalangan budak remaja pada tahun itu. Dengan imej mereka berambut sikat tengah dan vokal Tomok yang belum matang itu telah menjadikannya sebagai  trademark kepada kumpulan ini. Kini semuanya sudah menjadi sejarah dan kenangan. huhu. 



10 . PASRAH

Artis : Erra Fazira 
Komposer : Saari Amri 
Penulis Lirik : Yusof Kelana
Album : Kini 
Tahun : 1999
Catatan :
Lagu tema filem Pasrah ini amat popular pada tahun 2000. Lagu ini berjaya ke Peringkat Akhir AJL 2000 dan merupakan salah satu lagu paling popular nyanyian Erra Fazira. 


11 . DALAM TAMAN SHAHDU
Artis : Siti Nurhaliza 
Komposer : Johari Teh
Penulis Lirik : Yaries
Album : The Best Of Siti Nurhaliza 
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu Balada ini meneruskan kelangsungan populariti Siti di dalam muzik Pop pada tahun 2000. Ramai memuji kulit album ini sangat cantik dan kreatif. 



12 . IBOQ
Artis : Noraniza Idris 
Komposer : Indra 
Penulis Lirik : Siso
Album : Iktiraf
Tahun : 2000
Catatan :
Lagu ini adalah lagu irama Orang Asli paling popular di Malaysia. Kesungguhan Noraniza Idris dalam memperkenalkan pelbagai jenis muzik etnik Melayu di Malaysia sangat dikagumi dan dihormati ramai pihak. Lagu Iboq ini sangat popular dan kerap didendangkan di dalam majlis melibatkan isu budaya tempatan atau majlis persembahan terbuka dan tertutup. 





GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image

BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Mesothelioma cancer



Mesothelioma cancer is really a rare kind of cancer which has developed with the exposure of asbestos and you may get Billion Dollar Compensation for Mesothelioma cancer through Mesothelioma cancer law practice . The liner of the several organs like lung area, heart, abdomen along with other regions are influenced by this ailment. Each year around 3000 individuals are reported to possess mesothelioma cancer. The speed of mesothelioma cancer infected people is growing constantly each year. Mesothelioma cancer might take many years to build up in an individual who continues to be uncovered to asbestos.
Huge amount of money could be awarded because the best compensation to someone that has developed mesothelioma cancer. Mesothelioma cancer suit involves many rules and operations to get the compensation. A properly specialized lawyer who handles the mesothelioma cancer situation type can assist you to get a fair compensation. There are numerous Mesothelioma cancer law practice who offer the finest service in getting a maximum compensation.
The observations that certain have to know before talking to a lawyer would be the entire history and also the rate of success from the lawyer regarding mesothelioma cancer, time come to prepare and filing the situation, time drawn in your situation to visit the trial, additional services provided in the lawyer?s firm like living trust preparation and probate services, and using expert and scientific sources for that validity of the situation - including the asbestos identification, worksite exposure experts, and scientific and medical professionals. Take into consideration involved prior to you buying a Mesothelioma cancer law practice would be to be aware of prospective firms certification using the relevant Condition Bar Association. Be sure that the firm doesn't have any criminal history records. Know if the firm doesn't have indication in almost any particular discipline provided in the Condition Bar licensing authority. Talking to yesteryear customers provides you with complete information from the firm they are fully aware if the service they deliver is acceptable.

Artikel Terkait

LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 2000
4/ 5
Oleh