LAGU PALING POPULAR TAHUN 2017 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat lagu manakah yang mencetuskan fenomena tersendiri di Malaysia sehingga berjaya menjadi lagu paling popular di Malaysia untuk tahun 2017. 





LAGU MALAYSIA 
PALING POPULAR TAHUN 2017

01. I AM ME 
ARTIS :  Dato' Seri Vida
KOMPOSER : Edry KRU
PENULIS LIRIK : Edry KRU
CATATAN :
Lagu I Am Me adalah lagu Malaysia paling popular tahun 2017. Lagu ini juga turut meraih perhatian peminat daripada luar negara seperti di Singapura, Brunei, Indonesia, Mesir, Iraq, Jordan, Arab Saudi, Amerika Syarikat, India dan juga Korea Selatan. Lirik lagu yang simple dan mudah diingati ini menjadi fenomena kerana muziknya yang catchy dan ceria. Boleh dikatakan hampir semua golongan peringkat umur daripada kanak - kanak sehinggalah dewasa tahu lagu ini. Maka, tidak menghairankanlah jika lagu I Am Me dinobatkan sebagai Lagu Malaysia Paling Popular 2017.



02. ABANG NAK TEGUR
ARTIS : Dato' Alif Syukri feat Nur Sajat
KOMPOSER : Edry KRU
PENULIS LIRIK : EDRY KRU
CATATAN :
Lagu ini  adalah sehebat lagu I Am Me dan mendapat publisiti yang sangat meluas di Malaysia. Lagu ini  juga merupakan antara lagu paling trending untuk tahun 2017. Cepat Cepat Jangan Lambat Lambat... itu adalah antara lirik lagu ini yang popular di kalangan pendengar muzik ketika ini. 



03. WARKAH UNTUKKU
ARTIS : Ara Johari
KOMPOSER : Hang Nadim
PENULIS LIRIK : Laq
CATATAN :
Ara boleh dikatakan salah seorang pendatang baru yang mempunyai  vokal yang hebat dan power. Kehadiran Ara yang mampu menyanyikan lagu  nada tinggi dengan sangat baik ini pastinya mengingatkan kita kepada Diva Pop Ziana Zain dan Diva Pop Jaclyn Victor. Jika Ara dapat meneruskan momentum populariti beliau ketika ini, rasanya tidak mustahil jika beliau mampu mengikuti jejak langkah dua Diva Pop kita sebelum ini. Berbalik pada lagu Warkah Untukku, lagu ini berada di dalam pelbagai carta lagu di seluruh Malaysia dalam jangka masa yang sangat lama. Ini secara tidak langsung jelas menunjukkan lagu Ara ini sememangnya amat popular dan diminati ramai. 



04. AMBOI
ARTIS : Altimet
KOMPOSER : Navigator
PENULIS LIRIK : Altimet
CATATAN :
Lagu Amboi adalah lagu salah satu lagu Hip Hop terbaik Malaysia. GV tidak terkejut andai kata lagu ini menang Anugerah Juara Lagu 2017/2018 nanti. Dengan kekuatan melodi dan lirik yang cukup kental, ianya jelas menunjukkan lagu Amboi ini adalah satu satu karya masterpiece yang hebat daripada Altimet. Malah, setiap kali lagu ini berkumandang secara live di mana-mana pentas persembahan, pasti ramai akan turut mengikut menyanyi sebut perkataan Amboi Amboi Amboi. 



05. TERGANTUNG SEPI
ARTIS : Haqiem Rusli
KOMPOSER : Gouffran & Ibnu
PENULIS LIRIK : Gouffran & Ibnu
CATATAN :
Haqiem Rusli adalah salah seorang bakat muda Malaysia yang cukup cemerlang dengan kualiti bakat yang diperolehinya. Lagu Tergantung Sepi ini sangat mencabar dan Haqiem berjaya menyampaikannya dengan cukup baik sekali. 



06. JAMPI
ARTIS : Hael Husaini & Ezra Kong
KOMPOSER : Hael Husaini & Ezra Kong
PENULIS LIRIK : Hael Husaini & Ezra Kong
CATATAN :
Hael adalah salah seorang pencipta lagu dan penyanyi yang sangat berbakat. Lagu beliau unik, segar dan ada identiti tersendiri. Lagu Jampi ini sangat popular pada tahun 2017 kerana lagunya seakan misteri dan sedap didengar. 



07. SEGALA PERASAAN

ARTIS : Dato' Seri Siti Nurhaliza
KOMPOSER : Ivan Lahardika
PENULIS LIRIK : Mujahid Abd Wahab
CATATAN :
Lagu ini meneruskan legasi populariti Artis No.1 Malaysia, Dato' Seri Siti Nurhaliza di dalam bidang muzik Malaysia. Album beliau sangat laris di pasaran dan lagu ini juga menjadi siulan ramai peminat lagu di Malaysia. 



08. WANITA TERAKHIR
ARTIS : Fattah Amin
KOMPOSER : Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan
PENULIS LIRIK : Aizat Amdan, Mel Ramlan & Anas Amdan 
CATATAN :
Percubaan pertama Fattah Amin untuk keluarkan single pertama rasmi beliau ini sememangnya amat 
berjaya kerana menjadi sangat popular di kalangan peminat beliau. Ramai juga yang menghafal lirik lagu ini kerana minat mereka terhadap Aktor No.1 Malaysia, Fattah Amin. 



09. TERUS MENCINTAI 
ARTIS : Siti Nordiana
KOMPOSER :  Siti Nordiana 
PENULIS LIRIK : Siti Nordiana
CATATAN :
Lagu Terus Mencintai sememangnya amat popular kerana berjaya menjuarai banyak carta lagu di seluruh Malaysia.  Ini juga jelas menunjukkan yang Siti Nordiana bukan sahaja salah seorang penyanyi terbaik Malaysia. Malah, beliau juga merupakan salah seorang komposer yang sangat berbakat dan berpotensi besar untuk menjadi komposer yang hebat suatu hari nanti. 



10. MENAHAN RINDU 
ARTIS : Wany Hasrita
KOMPOSER : Ibnu & Gouffran
PENULIS LIRIK : Ibnu & Gouffran
CATATAN :
Lagu Menahan Rindu sememangnya amat popular di kalangan para remaja kerana lagunya yang mendayu dan mudah diterima para pendengar. Wany juga bertuah kerana selain namanya sangat popular ketika ini, beliau juga sudah berjaya menggengam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Management & Science University, Shah Alam pada bulan Ogos yang lalu. 



---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU 
ASIA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA


TAK TUN TUANG

ARTIS : Upiak Isil
 NEGARA : Indonesia
KOMPOSER : Ardi
PENULIS LIRIK : Upiak
CATATAN : 
No doubt. Lagu Tak Tun Tuang sememangnya amat popular di Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, dan Indonesia. Lagu ini boleh menang Anugerah Lagu Paling Popular Serantau di Anugerah Planet Muzik 2018. Rasanya lagu ini boleh dikatakan lagu Minang paling popular di dunia selepas lagu Ayam Den Lapeh. 


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



LAGU 
ANTARABANGSA
PALING POPULAR DI MALAYSIA 



DESPACITO
ARTIS : Lusi Fonsi feat Daddy Yankee
 NEGARA : Puerto Rico
KOMPOSER : Luis Rogdriguez, Erika Ender, Ramon Ayala
PENULIS LIRIK : Luis Rogdriguez, Erika Ender, Ramon Ayala
CATATAN : 
No doubt again. Lagu ini juga sangat popular di seluruh dunia sehingga menjadi video paling banyak tontonan di dunia iaitu sebanyak 4.5 billion tontonan (sehingga Disember 2017). Despacito Na Na Na Na Na Na.. 

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Imej Google, MalaysianDigest

BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Mesothelioma cancer



Mesothelioma cancer is really a rare kind of cancer which has developed with the exposure of asbestos and you may get Billion Dollar Compensation for Mesothelioma cancer through Mesothelioma cancer law practice . The liner of the several organs like lung area, heart, abdomen along with other regions are influenced by this ailment. Each year around 3000 individuals are reported to possess mesothelioma cancer. The speed of mesothelioma cancer infected people is growing constantly each year. Mesothelioma cancer might take many years to build up in an individual who continues to be uncovered to asbestos.
Huge amount of money could be awarded because the best compensation to someone that has developed mesothelioma cancer. Mesothelioma cancer suit involves many rules and operations to get the compensation. A properly specialized lawyer who handles the mesothelioma cancer situation type can assist you to get a fair compensation. There are numerous Mesothelioma cancer law practice who offer the finest service in getting a maximum compensation.
The observations that certain have to know before talking to a lawyer would be the entire history and also the rate of success from the lawyer regarding mesothelioma cancer, time come to prepare and filing the situation, time drawn in your situation to visit the trial, additional services provided in the lawyer?s firm like living trust preparation and probate services, and using expert and scientific sources for that validity of the situation - including the asbestos identification, worksite exposure experts, and scientific and medical professionals. Take into consideration involved prior to you buying a Mesothelioma cancer law practice would be to be aware of prospective firms certification using the relevant Condition Bar Association. Be sure that the firm doesn't have any criminal history records. Know if the firm doesn't have indication in almost any particular discipline provided in the Condition Bar licensing authority. Talking to yesteryear customers provides you with complete information from the firm they are fully aware if the service they deliver is acceptable.

Artikel Terkait

LAGU PALING POPULAR TAHUN 2017 DI MALAYSIA
4/ 5
Oleh