SENARAI MEDIA SOSIAL PALING POPULAR DI MALAYSIA TAHUN 2017 DAN 2018

GALAKSI VIRAL - Platform media sosial atas talian kini telah menjadi salah satu sumber utama  untuk penyebaran maklumat, pemasaran perniagaan, dan juga tempat luahan pendapat terhadap pelbagai isu/perkara yang cukup popular di  kalangan masyarakat dunia. Dengan penggunaan internet yang semakin meluas kini, ianya secara tidak langsung menggalakkan lagi penggunaan platform media sosial atas talian kerana ianya boleh diakses dengan mudah, cepat dan pantas. Bagaimana pula di Malaysia ? Sosial media manakah paling popular di Malaysia ketika ini ? Jawapannya ada di bawah.

Berdasarkan info daripada Reuteurs Institute Digital News Report 2017, terdapat lima  jenis aplikasi platform sosial media paling popular di kalangan rakyat Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan pelbagai info berita. 

APLIKASI PLATFORM  SOSIAL MEDIA 
PALING POPULAR  DI MALAYSIA



01. FACEBOOK


Tempat pertama jatuh kepada Facebook (58%). Ianya tidak menghairankan  jika Facebook mendapat pertama kerana sememangnya majoriti rakyat Malaysia gemar melayari Facebook tidak kira waktu, masa dan tempat. Selain itu, majoriti info atau video viral di Malaysia pun lazimnya bermula daripada Facebook dan kemudiannya baru tular ke platform media sosial yang lain. 



02. WHATSAPP
Tempat kedua pula jatuh kepada WhatsApp. Dengan peratusan 51%, ianya secara rasminya menjadikan Malaysia adalah pengguna terbesar aplikasi platform ini di dunia ketika ini. Saingan Malaysia untuk WhatsApp ini ialah Brazil dengan 46% dan Chile 39%.




03. YOUTUBE


Tempat ketiga pula dimiliki oleh YouTube dengan 26%. YouTube menjadi platform paling popular di kalangan artis professional/amatur dan pengamal sosial media dalam menyampaikan pelbagai info meliputi isu hiburan, hal semasa dan sebagainya.


04. WECHAT
Tempat keempat adalah milik WeChat  dengan 13 %. Untuk zaman kini, boleh dikatakan budak generasi Z gemar memggunakan WeChat sehingga wujudnya geng budak Wicet. Ini adalah berdasarkan pendapat umum kerana kebanyakan yang viral berkaitan penggunaan WeChat ini adalah di kalangan budak baru hendak akil baligh. Mungkin disebabkan itu wujudnya nama Geng Budak Wicet. 


05. INSTAGRAM

Tempat kelima dan terakhir jatuh kepada Instagram dengan peratusan sama dengan WeChat iaitu 13%. Boleh dikatakan majoriti artis di Malaysia mempunyai akaun Instagram kerana Instagram kini boleh dikatakan menjadi salah satu penentu populariti seseorang artis itu samada popular atau tidak. Ini adalah disebabkan  majoriti peminat seni hiburan Malaysia ini gemar melihat gambar-gambar terkini artis pujaan mereka dan IG adalah platform terbaik untuk mereka memenuhi kehendak mereka itu. Semakin banyak followers mereka ada, maka semakin popularlah seseorang artis itu. Contohnya seperti Siti Nordiana. Sebelum menang Gegar Vaganza, followers Siti Nordiana hanya ratus ribu sahaja. Tetapi selepas beliau menang Gegar Vaganza, followers naik sampai 2.3 juta followers. Ianya jelas menunjukkan populariti Siti Nordiana semakin memuncak dengan pertambahan followers itu. Malah, ada ura-ura mengatakan ada orang industri seni yang mahu tengok berapa jumlah followers di IG kerana mahukan hanya artis popular sahaja mendapat kerja di produksi mereka. Tidak dapat disahkan benar atau tidak, namun, ianya secara tidak langsung jelas menunjukkan yang IG kini semakin mendapat tempat di Malaysia. 

Kesimpulannya, boleh dikatakan Top 5 aplikasi platform media sosial di atas berkemungkinan besar akan terus popular sehingga tahun 2018 kerana kebanyakan hanya platform media yang sama sahaja berada di kedudukan teratas. Walaupun begitu, tidak dapat dipastikan kenapa aplikasi Twitter tidak tersenarai dalam kedudukan lima terbaik di atas. Mungkin Twitter kini sudah semakin tidak popular di kalangan generasi muda. Lagipun Twitter sekarang hanya popular secara bermusim sahaja. Contohnya seperti jika ada drama popular atau pertandingan seperti Gegar Vaganza, baru ianya aktif mendapat reaksi daripada pengguna kerana ramai menggunakan simbol hashtag # dan ianya akan trending di Twitter. Namun, itu hanyalah pendapat umum sahaja. 


(Informasi kedudukan statistik di atas  adalah berdasarkan kajian artikel  Tuan Zaharom Nain daripada Centre for the Study of Communications dan Culture, Univesity of Nottingham Malaysia Campus yang diterbitkan di Reuteurs Institute Digital News Report 2017) 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Mesothelioma cancer



Mesothelioma cancer is really a rare kind of cancer which has developed with the exposure of asbestos and you may get Billion Dollar Compensation for Mesothelioma cancer through Mesothelioma cancer law practice . The liner of the several organs like lung area, heart, abdomen along with other regions are influenced by this ailment. Each year around 3000 individuals are reported to possess mesothelioma cancer. The speed of mesothelioma cancer infected people is growing constantly each year. Mesothelioma cancer might take many years to build up in an individual who continues to be uncovered to asbestos.
Huge amount of money could be awarded because the best compensation to someone that has developed mesothelioma cancer. Mesothelioma cancer suit involves many rules and operations to get the compensation. A properly specialized lawyer who handles the mesothelioma cancer situation type can assist you to get a fair compensation. There are numerous Mesothelioma cancer law practice who offer the finest service in getting a maximum compensation.
The observations that certain have to know before talking to a lawyer would be the entire history and also the rate of success from the lawyer regarding mesothelioma cancer, time come to prepare and filing the situation, time drawn in your situation to visit the trial, additional services provided in the lawyer?s firm like living trust preparation and probate services, and using expert and scientific sources for that validity of the situation - including the asbestos identification, worksite exposure experts, and scientific and medical professionals. Take into consideration involved prior to you buying a Mesothelioma cancer law practice would be to be aware of prospective firms certification using the relevant Condition Bar Association. Be sure that the firm doesn't have any criminal history records. Know if the firm doesn't have indication in almost any particular discipline provided in the Condition Bar licensing authority. Talking to yesteryear customers provides you with complete information from the firm they are fully aware if the service they deliver is acceptable.

Artikel Terkait

SENARAI MEDIA SOSIAL PALING POPULAR DI MALAYSIA TAHUN 2017 DAN 2018
4/ 5
Oleh