TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Untuk tahun 1980, Penyanyi No.1 Malaysia jatuh kepada Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini. Nama-nama seperti Allahyarham Dato' Sudirman, kumpulan Sweet Charity  dan kumpulan Black Dog Bone adalah di antara artis yang menguasai carta lagu dan pasaran muzik pada tahun itu. Antara artis baru yang sangat popular pada tahun ini ialah kumpulan Harmoni, kumpulan Flybaits dan kumpulan Revolvers. Oleh itu, mari kita lihat lagu apakah yang popular di Malaysia pada tahun 1980. 



TOP 12 
LAGU MALAYSIA PALING POPULAR TAHUN 1980 


01. DUA INSAN
Artis : M.Nasir & Yunizar Hussein
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Yunizar
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu Dua Insan adalah salah satu lagu duet paling popular sepanjang zaman di Malaysia. Terdapat banyak versi untuk lagu ini tetapi versi asal nyanyian Yunizar dan Dato' M.Nasir tetap menjadi pilihan utama pendengar. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU



02. TERATAI
Artis : 
Allahyarhamha Sharifah Aini
Komposer : Lily Suheiry
Penulis Lirik : S. Sudarmaji
Album : Lagu - Lagu Pujaan Sharifah Aini (Koleksi 10 Tahun)
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu Teratai merupakan dendangan asal daripada Biduanita Nusantara dari Medan iaitu Allahyarhamha Rubiah. Lagu nyanyian versi Biduanita Negara Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini ini lebih rancak daripada versi asal. Lagu ini juga merupakan salah satu lagu paling popular nyanyian Allahyarhamha Datuk Sharifah Aini di sepanjang karier beliau. 





03. KAMELIA
Artis : 
Kumpulan Sweet Charity
Komposer : Ebiet G. Ade
Penulis Lirik : Ebiet G. Ade
Album : Pelarian
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu Kamelia adalah salah satu lagu paling popular daripada kumpulan muzik legenda Singapura/Malaysia iaitu Sweet Charity. Lagu ini juga antara lagu paling kerap dibawakan oleh peserta nyanyian sejak dahulu lagi sehingga kini.


04. HOREE HOREE
Artis : Allahyarham Sudirman
Komposer : Hakcipta Terpelihara
Penulis Lirik : Hakcipta Terpelihara
Album : Anak Muda
Tahun : 03 April 1980
Catatan :
Lagu nyanyian asal Legenda Muzik Malaysia, Allahyarham R. Azmi ini sememangnya antara lagu evergreen yang masih popular sehingga kini. Lagu nyanyian versi Allahyarham Dato' Sudirman ini kelihatan lebih segar dari segi susunan muziknya tetapi keaslian melodi lagu yang mempunyai tema ceria tetap dikekalkan. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU




05 . KASIH BERUBAH
Artis : 
Kumpulan Flybaits
Komposer : Flybaits
Penulis Lirik : Flybaits
Album : Mempersembahkan... Flybaits
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu ini merupakan salah satu signature songs bagi kumpulan Flybaits. Lagu ini pernah digubah semula menjadi lagu Pop R&B oleh penyanyi Ferhad pada tahun 2000.




06 . BAHAGIA DAN DERITA
Artis : 
Kumpulan Black Dog Bone
Komposer : S.Atan / Ishar
Penulis Lirik : Haron Abdul Majid
Album : Bahagia Dan Derita
Tahun : 1980
Catatan :
Legenda muzik Singapura/Malaysia iaitu kumpulan Black Dog Bone mempunyai banyak lagu yang best, evergreen dan popular sehingga kini. Salah satunya lagu ialah lagu Bahagia Dan Derita ini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI




07 . PERPISAHAN
Artis : 
Kumpulan Revolvers
Komposer : Anuar Razak 
Penulis Lirik : Freddie Fernandez
Album : Perpisahan
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu ini sangat popular pada tahun 1980. Dua ahli kumpulan ini  iaitu Dato' Freddie Fernandez dan Manan Ngah merupakan dua ikon muzik yang cukup popular di Malaysia ketika ini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



08 . KEMBARA DI TANAH GERSANG
Artis :
Kumpulan Al-Jawaher
Komposer : M.Nasir
Penulis Lirik : M.Nasir
Album : Permata
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu ini merupakan antara lagu Pop Nasyid yang cukup popular pada awal 80 an. Dulu GV ingatkan lagu ini adalah lagu Pop seperti yang lagu Pop lain. Rupa-rupanya lagu ini dikategorikan sebagai lagu Pop Nasyid kerana liriknya ke arah isu ketuhanan dan ianya juga dinyanyikan oleh penyanyi berkumpulan wanita Nasyid paling popular di Malaysia iaitu Al-Jawaher.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



09. PENANTIAN
Artis : Kumpulan Harmoni
Komposer : Allahyarham Zubir Ali
Penulis Lirik : Allahyarham Zubir Ali
Album : Penantian
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular untuk era 80 an. Ianya pernah dicalonkan di dalam  senarai awal 10 Lagu Pilihan era 80 an anugerah MACP pada tahun 2007.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



10. BIARLAH KU SENDIRI (TANPAMU)
Artis : 
Noor Kumalasari 
Komposer : Mahzan Manan
Penulis Lirik : Amran Sharif
Album : Aku Dan Dunia Seni
Tahun : 1980
Catatan :
Penghibur Legenda Seni Malaysia, Noorkumalasari telah membuktikan yang beliau boleh menjadi penyanyi yang berjaya apabila lagu Biarlah Aku Sendiri telah mendapat perhatian peminat seni tanahair ketika itu. Lagu berentak Pop Balada ini masih popular sehingga kini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



11 . PENAWAR DI HATI
Artis : 
Uji Rashid
Komposer : Abbas Bakar
Penulis Lirik : Abbas Bakar
Album : Mengapa Derita Yang Di Cari
Tahun : 1980
Catatan :
Lagu ini meneruskan kegemilangan populariti Biduanita Negara Uji Rashid di dalam bidang muzik tanahair ketika itu. Beliau yang mempunyai vokal emas dan sangat merdu merupakan salah seorang Ikon Muzik Tanahair cukup popular daripada dahulu sehingga kini. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



12 . KALAU RINDU
Artis : 
Allahyarhamha Rafeah Buang 
Komposer : D.Y.M.M Raja Azlan Shah (Sultan Perak)
Penulis Lirik : D.Y.M.M Raja Azlan Shah (Sultan Perak)
Album : Don Juan II
Tahun : 1980
Catatan :
Kemerduan alunan vokal Biduanita Negara Allahyarhamha Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang sememangnya tidak dinafikan lagi. Beliau merupakan antara legenda muzik Malaysia yang sangat hebat dan banyak lagu beliau popular sehingga kini. Antaranya ialah lagu Kalau Rindu yang cukup popular pada tahun 1980.
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

LAGU ANTARABANGSA 
PALING POPULAR DI MALAYSIA 


UPSIDE DOWN
Artis : Diana Ross
Album : Diana
Tahun : 1980
Catatan : 
Lagu ini merupakan antara lagu Inggeris yang cukup popular di Malaysia dan juga di dunia pada tahun 1980. 
KLIK VIDEO DI BAWAH UNTUK DENGAR LAGU INI

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Google Image, YouTube Channel, Rafeah Buangakubudakpenang.blogspot.my



BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Mesothelioma cancer



Mesothelioma cancer is really a rare kind of cancer which has developed with the exposure of asbestos and you may get Billion Dollar Compensation for Mesothelioma cancer through Mesothelioma cancer law practice . The liner of the several organs like lung area, heart, abdomen along with other regions are influenced by this ailment. Each year around 3000 individuals are reported to possess mesothelioma cancer. The speed of mesothelioma cancer infected people is growing constantly each year. Mesothelioma cancer might take many years to build up in an individual who continues to be uncovered to asbestos.
Huge amount of money could be awarded because the best compensation to someone that has developed mesothelioma cancer. Mesothelioma cancer suit involves many rules and operations to get the compensation. A properly specialized lawyer who handles the mesothelioma cancer situation type can assist you to get a fair compensation. There are numerous Mesothelioma cancer law practice who offer the finest service in getting a maximum compensation.
The observations that certain have to know before talking to a lawyer would be the entire history and also the rate of success from the lawyer regarding mesothelioma cancer, time come to prepare and filing the situation, time drawn in your situation to visit the trial, additional services provided in the lawyer?s firm like living trust preparation and probate services, and using expert and scientific sources for that validity of the situation - including the asbestos identification, worksite exposure experts, and scientific and medical professionals. Take into consideration involved prior to you buying a Mesothelioma cancer law practice would be to be aware of prospective firms certification using the relevant Condition Bar Association. Be sure that the firm doesn't have any criminal history records. Know if the firm doesn't have indication in almost any particular discipline provided in the Condition Bar licensing authority. Talking to yesteryear customers provides you with complete information from the firm they are fully aware if the service they deliver is acceptable.

Artikel Terkait

TOP 12 LAGU PALING POPULAR TAHUN 1980 DI MALAYSIA
4/ 5
Oleh