’80 bulan!! Kontrak apa ni??!’ – Lelaki terkejut dia terikat dengan kontrak telco selama 8 tahun, dah macam beli kereta


VIRALNEWS - Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati suaminya terikat dengan kontrak 8 tahun dengan Digi, sedangkan mereka tidak tahu menahu mengenai kontrak tersebut. Perkara itu hanya diketahui selepas lelaki berkenaan mengambil keputusan untuk beralih ke perkhidmatan rangkaian telekomunikasi yang lain kerana kecewa dengan tahap perkhidmatan yang sedia ada.
Apa yang menjadi persoalan ialah, pelanggan berkenaan tidak dimaklumkan mengenai kontrak tersebut semasa perunding perkhidmatan syarikat berkenaan menghubunginya menawarkan peningkatan data tambahan 6GB secara percuma. Malah, tiada sebarang surat hitam putih yang dihantar kepadanya.
KEPADA sesiapa saja yang melanggan perkhidmatan Digi. Sila berhati-hati apabila menerima sebarang panggilan yang menawarkan peningkatan pakej.
Pada mulanya, suami saya melanggan pakej 10GB RM78 dengan Digi beberapa tahun yang lalu, kalau tak silap 2015. Sebelum ini, dia pengguna tegar Digi Prepaid selama lapan tahun. Apabila beralih ke Digi Postpaid plain, dia dimaklumkan yang dia tidak terikat dengan mana-mana kontrak.
Dia tidak pernah terlepas sebarang pembayaran, malah adakalanya dia membuat bayaran lebih dari jumlah bil yang ditetapkan. Servis tidaklah begitu memuaskan, tetapi dia faham tiada telco yang sempurna.
Pada Julai 2016, seorang perunding perkhidmatan Digi telah menghubunginya dan menawarkan peningkatan. Tawaran itu ialah, tambah 6GB ke langgan semasa tanpa dikenakan sebarang caj, maksudnya percuma. Dari 10GB sebulan, kini jumlahnya 16GB sebulan, ditambah dengan 2GB yang dibawa dari bulan lepas dan masih membayar jumlah bayaran bulanan yang sama kira-kira RM85 (termasuk GST).
Selama beberapa tahun, perkhidmatan rangkaian Digi di kawasan rumah kami tidak begitu baik. Selalu mengalami gangguan setiap hari terutamanya pada jam 7 petang hingga 1 pagi. Pada masa itu juga kami tidak dapat menggunakan internet.
Sudah banyak kali aduan dibuat, tetapi seperti tiada sebarang tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah itu. Pernah dimaklumkan oleh perunding perkhidmatan Digi bahawa coverage di kawasan rumah kami lemah dan masalah itu hanya boleh diselesaikan dalam masa 2-3 tahun.
Bayangkanlah, kami kena bayar RM85 (termasuk GST) untuk sambungan internet dan hanya boleh digunakan pada waktu siang yang adakalanya mengalami gangguan perkhidmatan. Bila kami buat aduan, kami kena tunggu 2-3 tahun lagi?
Suami mengambil keputusan untuk beralih ke Celcom. Dia bayar bil Digi, kemudian pergi ke Pusat Celcom untuk daftar pakej baru. Tetapi suami dimaklumkan yang dia perlu menunggu panggilan atau mesej dari Digi dan dia pun tunggu.
Hari ini, dia menerima mesej yang memaklumkan permohonannya untuk beralih ke rangkaian Celcom ditolak kerana masih terikat dengan kontrak Digi. Pelik, seingat kami, pakej Digi yang dilanggan ini tidak terikat dengan mana-mana kontrak. Lalu suami pun pergi ke Pusat Digi untuk buat semakan.
Semakan mendapati, suami masih terikat dengan kontrak 80 bulan dengan Digi.
“80 BULAN!! KONTRAK APA NI??!”
Difahamkan kontrak itu bermula pada 12 Julai 2016, kira-kira 16 bulan yang lalu di mana suami menerima panggilan telefon dari perunding perkhidmatan Digi yang menawarkan upgrade. Ini bermaksud, tempoh kontrak yang sebenar adalah 96 bulan, bersamaan dengan 8 tahun.
“8 TAHUN!! DAH MACAM BELI KERETA!!”
Selepas melihat gambar yang dihantar kepada saya, di mana kakitangan telco berkenaan menunjukkan kepada suami tentang butiran pakej tersebut, saya menyedari bahawa pakej itu terikat dengan kontrak yang lama semata-mata untuk add on 6GB secara percuma. Ya, tambah 6GB dalam langgan anda secara percuma, maka dapatlah kontrak 8 tahun.
Pelanggan juga tidak dimaklumkan mengenai kontrak tersebut, mahupun menerima sebarang surat hitam putih mengenainya. Selain itu, tidak dinyatakan dalam laman web mereka dan yang sewaktu dengannya.
Setelah membuat semakan di internet, pelanggan yang mahu membatalkan kontrak itu perlu membayar RM200. Wow! Sudahlah mereka tidak memberi perkhidmatan yang sewajarnya kepada kami seperti yang dijanjikan, apabila suami nak beralih ke perkhidmatan telco yang lain (kerana perkhidmatan mereka tidak memuaskan dalam menangani isu ini), kami pula yang perlu membayar mereka?
Berhati-hatilah semua apabila ditawarkan sebarang upgrade. Jika servis yang diberikan itu memuaskan, anda beruntung. Tetapi jika sebaliknya, lebih baik jangan diteruskan. Apa gunanya diberi 1TB sekalipun kalau laman Google tak boleh dibuka? Merepek betul.
Selepas kami berbincang, suami buat keputusan untuk menghubungi Digi Helpline. Saya nasihatkan dia untuk buat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CFA dan Tribunal Pengguna jika perlu. Dan dia buat semua itu.
Saya tidak pasti apa yang dibincangkan di antara mereka, tetapi kontrak itu telah dibatalkan dan suami tidak perlu membayar bayaran penalti itu. Kini dia sedang menunggu pihak Celcom untuk mengaktifkan talian barunya. Selamat tinggal Digi, kami tidak akan merindui kamu.
Sumber: Julie Anne

BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Mesothelioma cancer



Mesothelioma cancer is really a rare kind of cancer which has developed with the exposure of asbestos and you may get Billion Dollar Compensation for Mesothelioma cancer through Mesothelioma cancer law practice . The liner of the several organs like lung area, heart, abdomen along with other regions are influenced by this ailment. Each year around 3000 individuals are reported to possess mesothelioma cancer. The speed of mesothelioma cancer infected people is growing constantly each year. Mesothelioma cancer might take many years to build up in an individual who continues to be uncovered to asbestos.
Huge amount of money could be awarded because the best compensation to someone that has developed mesothelioma cancer. Mesothelioma cancer suit involves many rules and operations to get the compensation. A properly specialized lawyer who handles the mesothelioma cancer situation type can assist you to get a fair compensation. There are numerous Mesothelioma cancer law practice who offer the finest service in getting a maximum compensation.
The observations that certain have to know before talking to a lawyer would be the entire history and also the rate of success from the lawyer regarding mesothelioma cancer, time come to prepare and filing the situation, time drawn in your situation to visit the trial, additional services provided in the lawyer?s firm like living trust preparation and probate services, and using expert and scientific sources for that validity of the situation - including the asbestos identification, worksite exposure experts, and scientific and medical professionals. Take into consideration involved prior to you buying a Mesothelioma cancer law practice would be to be aware of prospective firms certification using the relevant Condition Bar Association. Be sure that the firm doesn't have any criminal history records. Know if the firm doesn't have indication in almost any particular discipline provided in the Condition Bar licensing authority. Talking to yesteryear customers provides you with complete information from the firm they are fully aware if the service they deliver is acceptable.

Artikel Terkait

’80 bulan!! Kontrak apa ni??!’ – Lelaki terkejut dia terikat dengan kontrak telco selama 8 tahun, dah macam beli kereta
4/ 5
Oleh