Showing posts with label INFO FILEM/TV. Show all posts
Showing posts with label INFO FILEM/TV. Show all posts

REVIEW FILEM KOREA ALONG WITH THE GODS : THE TWO WORLDS. SAMA HEBAT DENGAN FILEM TRAIN TO BUSAN.

GALAKSI VIRAL - Filem Korea paling laris tahun 2017 iaitu Along With The Gods : The Two Worlds telah mencetuskan fenomena hebat di seluruh dunia apabila filem ini menjadi filem kedua paling laris dalam sejarah perfileman Korea sepanjang masa. Filem ini sudah mencapai kutipan lebih US$ 103 juta di seluruh dunia. Manakala di Korea Selatan pula, filem ini telah berjaya mendapat kutipan tiket  sebanyak 14,355,786 dengan anggaran lebih 10 juta orang menonton filem ini. Filem ini juga berjaya menjuarai carta Filem Box Office Malaysia pada hujung bulan Januari yang lepas.


Filem ini berkonsepkan drama fantasi  yang  menyentuh isu hal kekeluargaan dan perjalanan roh ke alam kematian. Ianya adalah adaptasi daripada webkomik milik Joo Hoo-min. Filem ini ada dua bahagian. Bahagian pertama iaitu Along With The Gods : The Two Worlds sudah ditayangkan pada 20 Disember 2017 yang lalu. Bahagian kedua filem ini akan menyusul pada tahun ini dengan judul Along With The Gods : The Last 49 Days. Antara  pelakon hebat di dalam filem ini ialah Ha Jung-woo, Cha Tae-hyun (pelakon filem Hello Ghost), Ju Ji-Hoon, Kim Hyang-gi, Lee Jung-jae dan Kim Dong Wook.  Jom kita baca sinopsis di bawah. (Spoiler Alert)
Poster Filem Along With The Gods

SINOPSIS 
Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Kim Ja-Hong (Cha Tae-hyun) yang bekerja sebagai ahli bomba telah mati ketika bertugas kerana menyelamatkan seorang mangsa kebakaran di tempat kejadian. Beliau meninggal dunia kerana beliau melompat dari satu tempat yang amat tinggi sehingga terjatuh mati di bawah lantai bangunan tempat terbakar itu. Selepas beliau tersedar, beliau ingatkan beliau masih hidup. Namun beliau berasa pelik kerana tiada siapa yang menyedari kehadiran beliau di kawasan kebakaran itu.

 Pada masa itu, beliau perasan hanya ada dua orang yang memerhati beliau dari jarak sederhana iaitu seorang lelaki dan seorang wanita muda. Nama lelaki dan wanita muda itu ialah  Hae Won-mak (Ju Ji-hoon) dan Lee Deok-choon (Kim Hyang-gi). Mereka memberitahu Ja-hong yang dia sudah meninggal dunia dan mereka berdua merupakan Tiga Pelindung Alam Baka yang akan menjadi peguam bela kepada roh Ja-Hong dalam menghadapi tujuh perbicaraan alam baka selama 49 hari sebelum Ja-Hong dilahirkan semula melalui proses reinkarnasi. Deok-choon  juga memberitahu yang roh Ja-hong adalah roh mulia kerana banyak membuat kebaikan di dunia dan ini akan memudahkan mereka menghadapi kesemua perbicaraan itu nanti. Seorang lagi Pelindung Alam Baka yang tiada di situ iailah Gang-rim (Hang Jung-woo). Gang-rim  akan pergi ke tempat pengebumian mayat Ja-hong. dan kemudiannya akan berjumpa dengan mereka yang lain di Gerbang Akhirat. Ja-hong yang masih dalam kebingungan itu menjerit yang beliau tidak boleh mati kerana belum berjumpa dengan ibu beliau. Tiba-tiba, beliau terus ditarik ke dalam satu alam lain iaitu ke Gerbang Akhirat.


 Kim Ja-Hong - Roh Mulia 

Gang-Rim - Ketua Pelindung Alam Baqa

Di dalam Gerbang Akhirat, terdapat satu pintu purba yang merupakan entri utama untuk memasuki ke alam perbicaraan bagi si roh mati. Untuk melepasi pintu ini, perlu ada satu tiket bagi si roh mati. Untuk kes Ja-hong, beliau mempunyai tiket Roh Mulia. Hae Won-mak memberitahu Ja-hong yang Gang-rim sudah berjaya meyelesaikan reinkarnasi untuk 47 roh sejak 1 abad yang lalu. Pelbagai situasi Ja-Hong dan para Pelindung Alam Baka arwah perlu lalui  dalam menghadapi mahkamah perbicaraan roh di alam baqa. Yang positifnya, Ja-hong berjaya melalui lebih separuh perbicaraan untuk roh mati itu dengan bantuan daripada Pelindung Alam Baqa. Tetapi jauh di sudut hati Ja-hong, beliau  rindu dan ingin sangat berjumpa kembali dengan ibu dan adiknya di alam nyata tetapi apakan daya, beliau pada ketika itu sudah mati di alam nyata.

Lee Deok-choon - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Hae Won-mak - Pembantu Pelindung Alam Baqa

Dong Wong-yuen - Junior Kim So-hong

Lee Joon Hyuk - Rakan Kim So-hong

Selain merindukan keluarga arwah, ada sebab lain juga kenapa Ja-hong mahu berjumpa dengan ibunya sebelum beliau dilahirkan semula. Ianya adalah kerana beliau mahu memberikan periuk nasi elektrik kepada ibunya yang tua kerana ibunya kerap terlupa nak tutup api masa masak nasi atas dapur gas. Selain itu, dalam periuk nasi itu juga tersimpan satu surat kebenaran yang selama ini beliau mahu beritahu kepada ibu beliau. Namun, suatu perkara mengejutkan telah berlaku apabila adik lelaki Ja-Hong iaitu Soo-hong (Kim Dong-wook) telah mati mengejut dan lebih sedih lagi si ibu mereka langsung tidak tahu bahawa anaknya Soo-hong juga sudah meninggal dunia. Ini telah menyebabkan Ja-hong mahu cepat selesaikan upacara perbicaraan kerana mahu bertemu dengan ibunya yang kini tinggal seorang di alam nyata. Roh yang berjaya semua perbicaraan alam baqa akan dapat keistimewaan untuk melawat manusia di dunia nyata melalui mimpi sebelum proses reinkarnasi berlaku.

Dong Wong Juen Tidak Menyedari Roh Kim So-hong Berada Di Belakangnya. 

Namun begitu, sekali lagi berlaku kejutan apabila Ja-hong hampir untuk dijatuhkan hukuman kerana satu peristiwa yang menyayatkan hati yang telah berlaku sewaktu beliau masih kecil lagi. Rupa-rupanya Ja-hong sudah 15 tahun tidak berjumpa dengan ibunya kerana beliau melarikan diri daripada rumah. Selama ini, Ja-hong hanya memerhati ibu dan adiknya dari jarak sederhana tanpa disedari oleh ahli keluarganya. Selama 15 tahun itu juga, Ja-hong telah bekerja 24 jam dan simpan duit untuk diberikan kepada ibu dan adiknya melalui wang pos.

Kenapa Ja-hong melarikan diri daripada rumah ? Sebenarnya, Ja-hong berasa kesal teramat sangat kerana pernah cuba untuk bunuh ibu dan adik beliau sewaktu beliau masih kecil dahulu. Ibu dan adiknya itu mengalami masalah kesihatan yang agak teruk. Ja-Hong berpendapat lebih baik jika mereka semua mati daripada menanggung bebanan kemiskinan keluarga mereka ketika itu. Sewaktu Ja-Hong mahu menekup muka ibunya yang tengah tidur dengan bantal, adik beliau iaitu Soo-hong terjaga dan merayu jangan melakukan perkara itu. Ja-hong pada masa itu sebenarnya teragak-agak untuk menekup muka ibunya dengan bantal kerana tidak sanggup kehilangan ibunya juga. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membelasah adiknya Soo-hong sehingga adiknya mengalami kecederaan yang agak sederhana. Selepas itu, Ja-hong nekad lari daripada rumah kerana kesal dengan perbuatannya dan berjanji yang beliau akan hidup untuk membantu ibu serta adiknya dengan memberikan pelbagai bantuan kewangan kepada keluarganya  selagi beliau terdaya.

Putaran Alam Antara Dua Dunia Berbeza Terbuka

Salah Seorang Dewa di Neraka. 

Disebabkan peristiwa sedih itu, Ja-hong mungkin tidak dapat melalui reinkarnasi kerana kesalahan lampaunya. Lebih menyedihkan lagi, Raja Neraka iaitu Raja Yeomra (Lee Jung-jae) telah menunjukkan satu lagi peristiwa mengejutkan kepada Ja-hong. Rupa - rupanya ibu Ja-hong telah tersedar sewaktu Ja-hong mahu menekap muka ibunya itu pada masa dahulu. Pada ketika itu, ibu Ja-hong hanya mendiamkan diri sambil mengalirkan air mata kerana sedih dengan apa yang berlaku.. Ini juga bermakna, selama 15 tahun ibu Ja-Hong sudah tahu yang Ja-Hong pernah cuba  untuk bunuh mereka sekeluarga. Dan selama itu juga, ibunya  sudah memaafkan apa yang berlaku dan berdoa agar  anaknya itu kembali kepadanya serta hidup bahagia bersama-sama. Adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong yang telah mati telah membuat kejutan dengan memasuki mimpi ibu mereka dan memberitahu yang beliau sudah mati. Ibunya terkejut dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi ibu yang baik kepada anak beliau. Pada masa ini, Raja Yeomra membuat keputusan untuk bebaskan Ja-Hong daripada segala masalah itu dan membenarkan Ja-Hong melalui proses reinkarnasi. Dan kini, adik Ja-Hong iaitu Soo-Hong akan menjadi roh yang seterusnya yang akan diwakili oleh Tiga Pelindung Alam Baqa. Kematian Soo-hong yang disebabkan satu peristiwa tidak terjangka mungkin akan menjadi jalan cerita Along With The Gods Part 2. Selain itu, Deok Chun juga ada menyatakan yang mereka perlu habiskan 49 roh ke alam reinkarnasi sebelum mereka sendiri akan dapat keistimewaan untuk dilahirkan semula di dunia kehidupan. Yang menariknya juga, Soo-hong turut mendapat tiket Roh Mulia sama seperti roh abang beliau sebelum ini untuk pergi ke Gerbang Akhirat.

Gang-rim bersama Roh Kim Soo-hong Yang Diikat

Wajah Kim Soo-hong yang menjadi Roh Tidak Aman di Alam Dunia.

Ibu roh Ja-hong dan Soo-Hong.  Wajah sedih  beliau apabila mendapat tahu anaknya Soo-hong turut meninggal dunia seperti Ja-hong melalui mimpi beliau. 


REVIEW :
Rasanya ini kali pertama GV tengok filem Korea yang menceritakan perjalanan roh ke alam baka. Semua pelakon di dalam filem tidak kira watak utama atau watak kecil berjaya memberikan impak lakonan yang sangat hebat. Walaupun filem ini mempunyai durasi tayangan lebih dua jam, namun setiap minit di dalam filem ini sangat berharga dan jalan ceritanya juga fast-moving serta tidak meleret. Ada banyak adegan drama yang bersulamkan momen sedih dan komedi yang pastinya akan menyentuh jiwa dan perasaan para penonton. Adegan keadaan di neraka kelihatan mengerunkan juga dengan teknik CGI yang sangat mantap dan terbaik. Begitu juga, adegan ketika Gang-rim mengejar So-Hong di dunia nyata yang tidak ubah seperti menonton anime Bleach di mana Shinigami mengejar Hollow dengan kelajuan yang sangat hebat. Sudah lama GV tak menonton filem Korea sehebat ini. Kali terakhir pun filem Train To Busan. Ada suprise di hujung filem ini iaitu ada watak abang perkasa di dalam filem Train To Busan muncul di dalam filem ini. Tidak sabar nak tunggu sambungan filem ini nanti. Memang best dan terbaik.

GVMETER  : 90/100 
??????????
(TERBAIK)

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/

Sumber : Malay Mail, Google Image 

NAMA PULAU LANGKAWI MALAYSIA DISEBUT DI DALAM DRAMA HOLLYWOOD STAR TREK 2018

VIRALNEWS - Tahun ini kita telah menyaksikan dua selebriti Gred A Hollywood iaitu The Rock dan Justin Timberlake telah menyebut nama Kuala Lumpur Malaysia di dalam video masing - masing. Satu di instagram dan satu lagi video muzik. Kini, yang terbaru, nama Malaysia sekali lagi disebut  di media Hollywood tetapi kali ini di dalam sebuah drama sains fiksyen paling popular di dunia iaitu Star Trek : Discovery. Di dalam drama ini, nama Pulau Langkawi Malaysia telah menjadi intipati dialog perbualan di antara dua pegawai pangkat tinggi Star Trek yang pastinya akan menarik perhatian ramai rakyat Malaysia untuk menontonnya. 


Pelakon Malaysia Paling Berjaya di Peringkat Antarabangsa iaitu Tan Sri Dato' Seri Michelle Yeoh telah melakonkan watak The Emperor / Captain Phillippa Georgiou di dalam drama sains fiksyen ini. Di dalam salah satu episod drama ini, watak Captain Philippa telah disoal oleh seorang pegawai lain bernama Michael Burnham yang bertanyakan  di manakah tempat asal beliau. Captain Philippa menjawab yang beliau membesar di Malaysia iaitu di Pulau Langkawi. Mereka juga memuji keindahan pantai Pulau Langkawi ini. Bangga kan. Hihi.

Adegan ini ada di dalam drama Star Trek : Discovery episod 15 berjudul Will You Take My Hand yang telah disiarkan pada 11 Februari 2018 di saluran CBS Amerika Syarikat. Klik Video Di Bawah Untuk Tonton Adegan Itu.
VIDEO 
Nama Pulau Langkawi Malaysia disebut di dalam salah satu adegan drama Hollywood Star Trek : Discovery.
Credit to Hasanuddin Abu Bakar YouTube Channel

VIRALNEWS
Blog Hiburan Informasi Kababoom


Sumber : Astro Awani, YouTube Channel, Malaysian Digest

THE ROCK PUJI MALAYSIA, FILEM JUMANJI PALING LARIS DI MALAYSIA

GALAKSI VIRAL - Pelakon Hollywood, The Rock telah membuat kejutan dengan  memuji negara Malaysia kita di dalam instagram beliau baru-baru ini. Menurut beliau, beliau pernah datang ke Kuala Lumpur dan ianya satu pengalaman indah di dalam hidupnya.

Sebenarnya, video ini adalah sempena ucapan penghargaan kepada peminat seni beberapa negara kerana menjadikan filem Jumanji  sebagai filem paling laris di negara masing-masing. Yang menariknya negara Malaysia adalah salah satu negara yang turut menyumbang kejayaan filem Jumanji ini di peringkat antarabangsa. Oleh itu, The Rock melalui akaun instagram rasminya telah menghantar video ringkas khusus setiap satu negara untuk menyatakan ucapan terima kasih dan penghargaannya kepada peminat beliau yang menyokong beliau selama ini. Sangat jarang kita dapat lihat seorang Artis Gred A Hollywood seperti The Rock sanggup menghantar video khusus untuk setiap negara bagi menjadikan ianya lebih peribadi dan istimewa kepada setiap peminat negara berkenaan yang menyokongnya termasuklah Malaysia. GV kagum dengan sikap rendah diri The Rock dan The Rock mmg terbaik. :D

The Rock Memuji Malaysia di Instagram Beliau 


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Anda boleh tonton video ini di link ini >> The Rock Sayang Malaysia

JANNA NICK DUKUNG FATTAH AMIN. DRAMA COFFEE PRINCE BEST GILER.

Drama manakah yang menjadi fenomena hebat di kalangan penonton TV di Malaysia selepas drama Suri Hari Mr Pilot, 7 Hari Mencintaiku dan Titian Cinta ? Jawapannya ialah Coffee Prince. Kenapa ianya menjadi fenomena dan menarik perhatian ramai peminat drama Malaysia untuk menontonnya ? Antara jawapannya ialah :


a) Drama ini adalah drama adaptasi daripada drama popular Korea Selatan berjudul The 1st Shop of Coffee Prince. Maknanya drama ini sudah ada pengikutnya tersendiri.

b) Secara ringkasnya, drama ini adalah mengisahkan kisah hidup Dani (Janna Nick) yang selalu disalah anggap lelaki dan perkenalan beliau dengan Rayqal (Fattah Amin) telah memberikannya satu makna baru di dalam hidupnya. Drama ini boleh dikategorikan sebagai drama komedi romantik.

c) Drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria pada jam 10 malam setiap Isnin sehingga Khamis sejak 27 November 2017. Drama ini mengandungi 28 episod keseluruhan. 

d) Ramai hendak tengok lakonan Janna Nick menjadi tomboi dan hasilnya adalah sangat mengagumkan. Janna Nick berjaya membawakan watak Dani dengan sangat cemerlang. Rasanya ini adalah lakonan terbaik Janna Nick di sepanjang karier beliau selama ini. Janna Nick patut dapat anugerah Pelakon TV Wanita Terbaik untuk drama ini. Terbaik. 

e) Gabungan Pelakon TV Paling Popular 2017 iaitu Fattah Amin dan Janna Nick juga menyebabkan drama ini menarik perhatian ramai orang untuk menontonnya. Keserasian lakonan mereka berdua sangat mantap dan terbaik.


f) Ada peningkatan gaya lakonan Fattah Amin daripada drama sebelumnya. Jika Fattah dapat teruskan momentum peningkatan lakonannya itu, tidak mustahil Fattah akan dapat anugerah Pelakon Lelaki Terbaik suatu hari nanti. 

g) Drama arahan Michael Ang memang best dan ada nilai komersial yang sangat tinggi. Sebab itu, hampir semua drama arahan Michael Ang popular dan mendapat tempat di kalangan penonton drama di Malaysia. 

h) Ada cameo Selebriti Popular seperti Nur Sajat, Sharifah Sakinah, Elena Sui, Marsha Milan, Emma Maembong  etc. Rasanya ini adalah drama pertama lakonan Sajat. hihi.

i) Sesuai untuk hiburan merehatkan minda. 

j) GV kagum tengok Janna Nick boleh angkat Fattah Amin dalam drama ini. hihi. Ala, itu double stunt atau camera trick je. hihi.

k) Pelakon utama lain dalam drama ini seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Ellie Suriaty, Jasmin Hamid, Zain Hamid, Sean Lee, Syafiq Ahmad, Daiyan Trisha, Sharifah Shahira, Ejoy Azari dan Faez Azemi juga memang sangat  best dan mantap. 


Kesimpulannya, selamat menonton drama ini. ??


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Image



MASIH INGAT DRAMA THE GIRL FROM TOMMORROW ?

Generasi 90 an pasti ingat cerita sains fiksyen ini yang pernah ditayangkan di TV3. Drama yang berjudul The Girl From Tommorrow ini adalah mengisahkan seorang gadis daripada masa depan iaitu Alana telah kembali ke masa silam iaitu pada tahun 1990.


Secara ringkasnya, ianya bermula pada tahun 3000 di mana manusia tinggal di sebuah tempat bernama Utopia. Manusia ketika itu sedang berusaha untuk memulihkan kembali Bumi setelah ianya hancur disebabkan satu peristiwa yang diberi nama The Great Disaster yang telah berlaku pada tahun 2500. Teknologi pada zaman itu sememangnya amat canggih sehingga mereka berjaya mencipta mesin masa yang dipanggil Time Capsule. Oleh itu, mereka pun menghantar seorang saintis bernama Tulisa untuk menyiasat kembali bagaimanakah peristiwa The Great Disaster itu boleh berlaku pada tahun 2500. Di dalam perjalanan Tulisa itu, beliau berhadapan dengan seorang penjahat Silverthorn dan berlaku pelbagai masalah yang merumitkan beliau untuk membuat kajian peristiwa ini. Akibatnya, Alana telah menjadi mangsa Silverthorn dan telah dibawa kembali ke masa silam iaitu tahun 1990. Dan daripada situ, bermulalah perjalanan hidup Alana di masa silam dan pelbagai usaha beliau untuk kembali ke masa hadapan telah dilakukannya. Alana juga mempunyai satu alat ajaib yang dipanggil transducer. Alat ini kelihatan seperti cekak rambut yang mempunyai satu batu kristal di tengah cekak itu. Ianya mempunyai kuasa ajaib seperti kuasa penyembuhan dan telepati. Ianya boleh dikawal dengan menggunakan emosi. Dengan menggunakan alat ini, Alana berusaha untuk menyesuaikan diri di masa silam itu dan pada masa yang sama cuba untuk berlawan dengan Silverthorn yang mahukan kehancuran bumi ini berlaku.

Kalau tidak silap GV, drama ini ditayangkan antara tahun 1992-1994 di Malaysia. Drama daripada Australia ini memang sangat popular di awal era 90 an. Kalau nak tgk drama ini lagi, di bawah ada video drama ini untuk di tonton. Selamat menonton.


The Girl From Tommorrow
34powerman YouTube Channel


Alana & Transducer


GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/


Sumber : Google Images & YouTube Channel