Mesothelioma cancer
Home / INFO MELETOP
Showing posts with label INFO MELETOP. Show all posts
Showing posts with label INFO MELETOP. Show all posts
Menangis Teruk Melihat Adlina Cium Batu Nisan Ayahnya, Saya Tak Dapat Bayang Hidup Saya Tanpa Ayah – Ibu Saudara
INFO MALAYSIA INFO MELETOP INFO VIRALNEWS
VIRALNEWS

Menangis Teruk Melihat Adlina Cium Batu Nisan Ayahnya, Saya Tak Dapat Bayang Hidup Saya Tanpa Ayah – Ibu Saudara
Setiap insan yang lahir ke dunia ini sudah pasti melalui kedua ibu bapa. Wajah yang pertama dilihat setelah dilahirkan juga adalah wajah ibu bapa. Mereka ini harta yang tiada gantinya. Pengorbanan mereka ini tidak ternilai, dari kita kecil sehingga ke besar, tiada apa yang mampu membalas jasa mereka.
Terasa sayu dan sebak apabila melihat gambar kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mencium batu nisan kubur arwah bapanya yang dikatakan meninggal dunia dalam kemalangan.
Gambar yang dimuat naik di laman Twitter oleh ibu saudaranya, Anne Mokhtar, telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu yang kehilangan bapa ketika usia masih kecil.
“You guys yang masih ada parents, tolong hargai. I don’t know how to control my tears seeing this picture of my niece kissing her father’s (my own brother) batu nisan.
“Ayah dia jatuh dari motosikal ketika dalam perjalanan ke bengkel untuk sambung kerja di waktu malam. Kemudian, ayah dia maut serta merta di tempat kejadian.

“Saya menangis teruk selepas melihat gambar ini. Tak tahan weh air mata ni. Sebak tengok Adlina. I can’t imagine myself without ayah. Bertambah sedih lagi, Adlina masih kecil.
“Dia kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau saya berada di tempat dia, saya sumpah susah nak terima.
“Dia kecil-kecil dah tak dapat kasih sayang seorang ayah. Kalau saya berada di tempat dia, saya sumpah susah nak terima.

“Dia nak cium ayah dia, dah tak dapat. Batu itu saja yang dia dapat cium. Aku harap sampai ke akhir hayat Adlina, dia sentiasa ingat dan selalu menziarahi pusara ayahnya. Amin.
“She’s so strong and clever. I’m proud that she understands to deep down in her heart, she misses her ayah so much cause she’s daddy’s lil princess.
“Adlina berumur 3 tahun menjelang Disember ini. Dia satu-satunya anak arwah abang saya. Yang seorang lagi dalam gambar itu adalah anak saudara. I just can’t help it. It breaks my heart seeing it,” katanya Anne.
Hargailah ibu bapa kita. Selalu bertanyakan khabar mereka, turutilah kemahuan mereka walaupun adakalanya ianya memenatkan. Namun kepenatan kita tidak setanding dengan kepenatan mereka menjaga kita sehingga kita berjaya menjadi manusia yang berguna. Hargailah mereka sementara masih ada.
Semoga adik Adlina tabah dan cekal mengharungi hari-hari yang mendatang. Mari sedekahkan Al-fatihah kepada bapa Adlina, Adli Mokhtar.
Sumber – Anne Mokhtar
Via: SK
TEAM YOUTUBER DAN VLOGGER PALING LAWAK DI MALAYSIA
INFO MELETOP INFO ZGV
GALAKSI VIRAL - YouTube Channel kini menjadi platform media utama yang paling popular untuk kita semua menonton pelbagai jenis video untuk pelbagai kategori di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Tidak kiralah video itu mengenai isu sedih ke, drama, aksi, muzik, parodi, komedi, dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan hampir semua jenis video ada di saluran YouTube ini.
Pemilik video yang memuat naik video mereka ke dalam laman YouTube/Vimeo atau mana - mana saluran video online di internet ini lazimnya digelar Vlogger. Vlogger ini adalah singkatan Video Blogger. Antara Vlogger yang cukup terkenal dengan video komedi mereka di Malaysia ialah Mat Lutfhi90, Kyopropaganda, Luqman Poldoski, Faiz Dickie, Otam Blurr, Zukie & Jamal/ Zukie & Oyot, Nizam Rahman, Faiz Roslan, Jaa TV, Seanlje, Aidyl Hr/Hostel Mania, Ngek Tsai Army, Mr Clyrie/Geng Pisang, Sofyank96, Arwind Kumar/Makcik Roast-mah dan Namewee. Majoriti lawak mereka adalah lawak berbentuk komikal, over acting, punchline baik punyer, parodi, kesan khas grafik yang mantap dan ada mesej nasihat yang ingin disampaikan.
Oleh itu, GV ingin senaraikan empat team Youtuber/Vlogger yang tengah top sekarang ini di Malaysia yang pastinya akan membuatkan para penonton rasa terhibur dengan video mereka. Mari kita lihat siapakah mereka yang hebat ini.
Sumber : Google Image
Pemilik video yang memuat naik video mereka ke dalam laman YouTube/Vimeo atau mana - mana saluran video online di internet ini lazimnya digelar Vlogger. Vlogger ini adalah singkatan Video Blogger. Antara Vlogger yang cukup terkenal dengan video komedi mereka di Malaysia ialah Mat Lutfhi90, Kyopropaganda, Luqman Poldoski, Faiz Dickie, Otam Blurr, Zukie & Jamal/ Zukie & Oyot, Nizam Rahman, Faiz Roslan, Jaa TV, Seanlje, Aidyl Hr/Hostel Mania, Ngek Tsai Army, Mr Clyrie/Geng Pisang, Sofyank96, Arwind Kumar/Makcik Roast-mah dan Namewee. Majoriti lawak mereka adalah lawak berbentuk komikal, over acting, punchline baik punyer, parodi, kesan khas grafik yang mantap dan ada mesej nasihat yang ingin disampaikan.
Oleh itu, GV ingin senaraikan empat team Youtuber/Vlogger yang tengah top sekarang ini di Malaysia yang pastinya akan membuatkan para penonton rasa terhibur dengan video mereka. Mari kita lihat siapakah mereka yang hebat ini.
TEAM YOUTUBER & VLOGGER
PALING LAWAK DI MALAYSIA
01. MTAS PRODUCTION
01. MTAS PRODUCTION
Join YouTube : 02 Januari 2012
YouTube Subscribers : 102242 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengetahui kewujudan team MTAS ini selepas menonton video mereka berjudul Makhluk Bernama Wanita Be Like. Kebanyakan video mereka pasti ada perkataan Be Like di hujung judul video mereka. Memang best tengok video mereka ini. Keunikan mereka ialah mereka kelihatan seperti ustaz ustazah generasi XYZ yang open minded, slumber dan lawak giler. Video mereka juga ada adegan ala ala anime Jepun yang sememangnya amat hebat dan awesome. Kesan efek khas team ini antara terbaik. Jom lihat video menarik mereka di bawah ini.
VIDEO - 3 PEREMPUAN VS LELAKI BILA BERAYA BE LIKE...
VIDEO - SEKIRANYA LELAKI DAN WANITA BERLAKU JUJUR BE LIKE...
02. TEAM BUAT HAL
(ASA PRODUCTION)
Join YouTube : 26 Februari 2016
YouTube Subscribers : 46273 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula tahu mengenai kumpulan Team Buat Hal ini selepas menonton video raya mereka berjudul Video Raya Paling Sedih 2017 - Buli. Salah seorang pelakon utama video mereka ini iaitu Syafiq Ahmad pernah berlakon di dalam Drama Paling Popular 2017 iaitu Coffee Prince di Astro Ria. Bagi GV, video mereka mmg lawak gila. Lawak mereka seperti lawak urban yang memang sempoi gile dan di luar kotak. Kalau anda selalu menonton video mereka, pasti familiar dengan ayat goyang ke?, bisa hamil, proud iphone user's ringtone subtitle, benny dan banyak lagi ayat punchline mereka yang terbaik meletop kababoom ini. Jom saksikan video lawak mereka di bawah.
VIDEO : VIRAL - PENGABDI PHONE
VIDEO : ANGIN TIDAK DIJANGKA
03. KOKOM
Join YouTube : 01 Januari 2017
YouTube Subscribers : 35778 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula mengenali Kokom ini masa tengok video Kokom berjudul MAUT - Soalan Maut Raya. Gaya lawak Kokom memang mengingatkan kepada lawak style Stephen Chow. Kebanyakan pelakon video Kokom memang jenis slumber dan kadang muka macam takde perasaan tapi memang lawak gile. Punchline mereka juga kadang tidak terfikir oleh penonton dan ini menjadikan lawak mereka original dan berkualiti. Orang kata boleh ketawa tanpa henti la bila menonton video Kokom ini. Cara mereka mempromosikan suatu perkhidmatan atau produk di dalam video mereka juga sangat kreatif dan inovatif. Jom saksikan video lawak Kokom di bawah.
VIDEO : HARI GAJI VS HUJUNG BULAN
VIDEO : SEKOLAH PLANET MARIKH
04. STERK PRODUCTION
Join YouTube : 21 Disember 2011
YouTube Subscribers : 119514 (Januari 2018)
Catatan :
GV mula kenal Sterk Production lepas tonton video mereka berjudul Play Your Phone Lah. Team ini selalu guna muzik anime seperti Doraemon, Naruto, Detektif Conan dan banyak lagi sebagai muzik latar belakang video mereka. Kebanyakan lokasi video mereka adalah di kawasan taman permainan serta di dalam kereta. Video mereka sememangnya amat menghiburkan dan lawak gile. GV kategorikan lawak mereka sebagai sengal-sengal ubi yang sangat best giler. Jom tonton video best daripada mereka di bawah.
VIDEO : PONTENG PUASA
VIDEO : TAJUK-TAJUK DRAMA
VIRALNEWS
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://viralupnews.blogspot.my/
P/S : Jangan Lupa Subscribe YouTube Channel Mereka Semua Ini Ya. Selamat Berhibur.
Sumber : ASA Production YouTubeChannel, Kokom YouTube Channel, Sterk Production YouTube Channel, MTAS Production YouTube Channel, Google Image
Subscribe to:
Posts (Atom)






































