Showing posts with label INFO MUZIK. Show all posts
Showing posts with label INFO MUZIK. Show all posts

ARTIS LELAKI PALING KACAK DI FILIPINA

VIRALNEWS - Jika dilihat secara imbas lalu, boleh dikatakan negara yang paling banyak mempunyai selebriti paling jelita, cantik, hansem dan kacak ialah negara Filipina, Thailand dan Indonesia. Majoriti mereka yang mempunyai wajah ada market ini adalah terdiri daripada anak kacukan atau Pan Asian. Disebabkan GV dapati banyak keyword yang keluar di blog GV yang mencari artikel berkaitan Artis Filipina Paling Kacak & Jelita ini. Dengan sukacitanya GV akan senaraikan artis-artis Filipina yang meletop dan menjadi pujaan ramai di sana untuk tatapan pembaca hiburan Malaysia. Mari kita lihat siapakah Artis Lelaki Filipina Paling Kacak yang menjadi perhatian ramai peminat di sana.

ARTIS LELAKI FILIPINA PALING KACAK


01. DANIEL MATSUNAGA
TARIKH LAHIR : 28 NOVEMBER 1988
UMUR : 29 TAHUN
KETURUNAN : JEPUN + BRAZIL
CATATAN :
Daniel kerap dilabelkan sebagai lelaki paling kacak di Filipina oleh banyak media di sana. Beliau merupakan seorang model yang sangat terkenal di Filipina dan seterusnya menceburkan diri ke dalam bidang lakonan dan pengacaraan. Daniel juga merupakan Juara pertandingan realiti TV No.1 Filipina iaitu Pinoy Big Brother edisi All In pada tahun 2014. 
02. JAMES REID
TARIKH LAHIR : 11 MEI 1993
UMUR : 24 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AUSTRALIA
CATATAN :
James adalah Hero No.1 Filipina ketika ini. Beliau pernah dipilih Lelaki Paling Hot di Filipina sebanyak tiga kali iaitu tahun 2014, 2016 dan 2017. Beliau amat popular di dalam bidang nyanyian dan lakonan di sana.

03. GERALD ANDERSON
TARIKH LAHIR : 7 MAC 1989
UMUR : 28 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Gerald digelar Putera Filem dan TV Filipina untuk era 2010 an. Beliau juga digelar Putera Drama TV kerana keberkesanan dan kehebatan beliau sebagai pelakon drama lelaki yang serba boleh dan versatile.


04. TOM RODRIGUEZ
TARIKH LAHIR : 01 OKTOBER 1987
UMUR : 30 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + AMERIKA
CATATAN :
Tom adalah seorang model dan aktor yang sangat terkenal di Filipina. Beliau pernah dijemput untuk menjadi tetamu jemputan di dalam salah satu musim pertandingan Asia's Next Top Model.
05. JAMES BLANCO
TARIKH LAHIR : 15 JUN 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
James adalah salah seorang aktor Filipina yang pernah dikenali sebagai Idola Remaja era awal 2000 an. Walaupun berwajah kacak, tidak dapat dipastikan kenapa beliau tidak begitu cemerlang di dalam kerjaya setelah umurnya mula mencecah 30 tahun ke atas. Namun, beliau tetap disukai ramai kerana mempunyai perwatakan yang baik dan berwajah babyface.


06. COCO MARTIN
TARIKH LAHIR : 01 NOVEMBER 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Coco adalah salah seorang aktor paling laris ketika ini kerana pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk dua tahun iaitu 2010 dan 2016. Filem beliau berjudul Super Parental Guardian juga merupakan filem paling laris dalam sejarah hiburan Filipina dengan kutipan sebanyak 590.1 juta pesos. Beliau juga digelar Primetime King Filipinas.


07. PIOLO PASCUAL
TARIKH LAHIR : 12 JANUARI 1977
UMUR :  40 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA
CATATAN :
Piolo Pascual adalah segelintir aktor senior di Filipina yang pernah menjadi Hero No.1 Filipina untuk suatu jangka masa yang agak lama. Saingan beliau dari segi bakat dan populariti pastinya Jericho Rosales.

08. DENNIS TRILLO
TARIKH LAHIR :  12 MEI 1981
UMUR : 36 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA + CINA
CATATAN :
Dennis adalah Drama King Filipina untuk era 2000an. Banyak lakonan beliau ditayangkan pada waktu perdana di saluran GMA Network dan mendapat rating yang sangat tinggi.

09. MCCOY DE LEON
TARIKH LAHIR : 20 FEBRUARI 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN :  FILIPINA
CATATAN :
McCoy adalah salah seorang bakat baru Filipina bakal meletop dan menjadi Hero No.1 Filipina untuk masa akan datang.
10. GIL CUERVA
TARIKH LAHIR :  21 OGOS 1995
UMUR :  22 TAHUN
KETURUNAN : FILIPINA + SEPANYOL
CATATAN :
Gil adalah salah seorang model antarabangsa Filipina yang mula mendapat nama di dalam bidang seni hiburan di sana. Dengan kualiti bakat dan rupa dimilikinya, beliau dijangka mencetuskan satu fenomena baru di dalam bidang seni beliau nanti. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Daniel Matsunaga Instagram
VIRAL NEWS
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://viralupnews.blogspot.my/




Sumber : Imej Google

ZIANA ZAIN : 21 LAGU PALING POPULAR SEPANJANG ZAMAN

VIRALNEWS - Diva Pop Ziana Zain, suatu nama yang sangat terkenal di Malaysia. Seorang penghibur serba boleh dan berjaya mempertahankan populariti utk jangka masa yg sangat lama. Living Legend ini juga turut dikenali dengan pelbagai gelaran seperti Ikon Fesyen Negara, Whitney Houston Malaysia, Ratu Angkat Kening, Ratu Nada Tinggi, Jennifer Lopez Malaysia dan banyak lagi. Kini, setelah hampir 26 tahun di dalam industri hiburan Malaysia, pastinya terdapat banyak lagu hits beliau yg telah menjadi evergreen dan popular sepanjang zaman. Di bawah adalah 21 lagu paling popular nyanyian solo Ziana Zain yg pastinya menjadi sebutan para peminat seni hiburan tanah air. 
Ziana Zain

01.Madah Berhelah
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1991
Catatan : Ini adalah lagu pertama yg  mempopularkan Ziana di dalam bidang muzik. Ramai peminat kagum dengan kekuatan vokal Ziana yg unik dan dinamik ini. Malah boleh dikatakan melalui lagu inilah Ziana dikenali sebagai penyanyi power vocal atau penyanyi bernada tinggi yang hebat. Lagu ini juga merupakan antara lagu paling kerap dipilih oleh peserta nyanyian di pertandingan nyanyian kerana lagu  ini  dapat menonjolkan kekuatan vokal seseorang penyanyi itu. Lagu Madah Berhelah juga merupakan salah satu lagu Malaysia paling popular sepanjang zaman.

Album Ziana Zain 

02.Anggapanmu
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu Sekebun Cinta Nan Berbunga ini mmg sgt fenomena kerana lirik lagunya yg unik dan menjadi siulan peminat sehingga kini. Lagu ini sememangnya menjadi salah satu signature song Ziana paling popular di dalam karier beliau.
03.Putus Terpaksa
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini boleh dikatakan lagu Ziana paling susah dan sukar dinyanyikan oleh penyanyi lain. Ini disebabkan lagu ini memerlukan kekuatan vokal yang sgt hebat dan penghayatan lagu yg sgt tinggi. Lagu ini mmg cukup popular pada tahun 1993 dan kembali menjadi fenomena selepas Siti Nordiana menyanyikan semula lagu ini  di final Gegar Vaganza 2015. 

04.Kasihku Pertahankan 
Komposer/Penulis Lirik : Anuar / Azam Dungun
Album : Ziana Zain
Tahun : 1993
Catatan : Lagu ini meneruskan kesinambungan populariti Ziana selepas lagu Anggapanmu dan Putus Terpaksa meletup di persada seni.

Album Ziana Zain
05.Kekal
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Hits Unggul / Sembilu 2 OST
Tahun : 1994/1995
Catatan : Lagu Kekal mmg sgt popular di radio seperti rancangan popular radio Pilihan Bersama Radio Muzik. Malah, boleh dikatakan hampir setiap hari lagu ini dimainkan di radio pada tahun 1995.
Album OST Sembilu 2

06.Bersama Akhirnya
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan kesinambungan populariti Ziana dalam menuju ke puncak populariti Ziana. Lagu ini merupakan salah satu lagu paling popular tahun 1995.


07.Sangkar Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Idzahar / Azam Dungun
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu ini merupakan lagu rancak Ziana yg paling popular sehingga kini. Malah ia juga selalu dinyanyikan oleh peserta nyanyian di Malaysia.


08.Kemelut Di Muara Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Saari Amri / Lukhman.S
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Jika anda masih ingat, lagu ini pernah dinyanyikan oleh Diva Pop Malaysia Dato' Siti Nurhaliza ketika peringkat separuh akhir Bintang HMI 1995. Malah, Dato' Siti sendiri merupakan peminat dan teman baik Ziana Zain.

09.Setiaku Di Disini
Komposer/Penulis Lirik : Salman / Loloq
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan :  Lagu ini pernah menjadi juara carta Muzik Muzik pada tahun 1996 dan merupakan antara lagu Ziana paling popular ketika itu.


10.Tiada Kepastian
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Setiaku Di Sini
Tahun : 1995
Catatan : Lagu Balada ini juga turut menarik perhatian para peminat tanah air ketika itu kerana melodi lagunya yg indah dan liriknya yg puitis.


Album Setiaku Di Sini




11.Korban Cinta
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Maria Mariana OST
Tahun : 1996
Catatan : Lagu ini meneruskan kecemerlangan dan penguasaan Ziana di dalam bidang seni tanahair pada tahun itu. Lagu berjaya menjadi juara carta hampir semua carta radio di Malaysia ketika itu dan pernah dinobatkan Lagu Paling Popular tahun 1996 di Anugerah Muzik Singapura. 


Album OST Maria Mariana 



12.Gerhana
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Ziana Zain Unplugged
Tahun : 1996
Catatan : Satu2xnya lagu Pop Balada Akustik Ziana paling popular sehingga kini. Lagu ini juga sgt popular pada tahun 1996 dan 1997.


Album Ziana Zain Unplugged



13.Puncak Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Adnan Abu Hassan / Maya Sari
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini merupakan salah satu lagu Ziana paling popular dan terbaik di dalam karier beliau. Banyak kejayaan diperolehi melalui lagu ini. Malah video muzik lagu ini juga dikatakan muzik video terbaik Ziana Zain selain video muzik Menadah Gerimis.

14.Kalau Mencari Teman
Komposer/Penulis Lirik : Razman / Habsah Hassan
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Satu2xnya lagu Irama Etnik Ziana yg popular dan menjadi evergreen sehingga kini. Irama Joget Latin dalam lagu ini menjadikan lagu ini sgt unik dan berbeza dengan lagu Etnik yang lain.
15.Berpisah Jua
Komposer/Penulis Lirik : Asmin Mudin
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997
Catatan : Lagu ini kembali menjadi fenomena apabila Kak Lina Pom Pom menyanyikannya di Gegar Vaganza 2016. Lagu ini juga cukup popular pada tahun 1997 dan 1998.

16.Terlerai Kasih
Komposer/Penulis Lirik : Johari Teh
Album : Puncak Kasih
Tahun : 1997/1998
Catatan : Lagu ini berjaya berada dalam carta Muzik Muzik selama 44 minggu dan 5 minggu daripadanya berada di kedudukan No.1


Album Puncak Kasih



17.Tiada Jodoh Antara Kita
Komposer/Penulis Lirik : Fauzi Marzuki / Lukhman.S
Album : Best of Ziana Zain
Tahun : 1998
Catatan : Lagu ini sgt popular tahun 1998 dan album kompilasi ini juga sangat laris pada tahun itu.

Album Best Of Ziana Zain



18.Syurga Di Hati Kita
Komposer/Penulis Lirik : LY / Baiduri
Album : Ziana Zain
Tahun : 1998/1999
Catatan : Lagu Balada romantis ini telah berjaya menjadikan Ziana salah seorang penyanyi paling popular tahun 1999. Malah pada tahun ini Ziana membuat kejutan dengan memotong rambut pendek dan imej album Ziana juga kelihatan sangat vogue serta menarik. 
Album Ziana Zain



19.Menadah Gerimis
Komposer/Penulis Lirik : Azmeer
Album : Aku Cintakan Mu
Tahun : 2001
Catatan : Antara lagu Balada terbaik Ziana Zain kerana muziknya yang berbeza daripada lagu Ziana sebelum ini. Ketika ini juga Ziana berjaya menarik perhatian ramai peminat generasi baru dengan lagu Ziana yg fresh dan imej yg sgt elegan. Malah Ziana juga turut digelar Jennifer Lopez Malaysia. kerana wajah beliau seakan JLO. Video muzik lagu ini juga menarik dan unik. 

Album Aku Cintakan Mu 


20.Lembah Asmara
Komposer/Penulis Lirik : Ajai / Roslen
Album : Ziana Zain No.1's Live
Tahun : 2003
Catatan : Lagu ini cukup popular dan diingati ramai kerana ada part high note Ziana yg agak panjang dalam lagu ini. Ini juga menyerlahkan kekuatan vokal Ziana.


Album Ziana Zain No.1's Live
21.Dingin
Komposer/Penulis Lirik : Azlan Abu Hassan / Ucu
Single : Dingin
Tahun : 2008
Catatan : Lagu ini sangat popular pada tahun 2008 dan berjaya menarik perhatian peminat baru generasi Z ketika itu.

Single Dingin

Ziana Zain
Lagu2x di atas juga boleh menjadi pilihan utk dinyanyikan di pertandingan nyanyian kerana kesemua lagu Ziana sebenarnya boleh dikatakan lagu pertandingan vokal. Sebab itu kebanyakan juara pertandingan nyanyian Malaysia akan menjadi juara jika mereka berjaya menyanyikan lagu Ziana dengan cemerlang dan hebat. Selain berkemampuan menyanyi lagu bernada tinggi, Ziana juga dikenali sebagai penyanyi yg bulat sebutannya ketika menyanyi. Sebab itulah kita dapat merasai dan memahami apa yg dinyanyikan oleh Ziana kerana penyampaian patah lagu Ziana sangat jelas dan juga penghayatan yg tinggi utk setiap lagu dinyanyikannya. Betapa hebatnya penangan bakat dan populariti Diva Pop Ziana Zain. 
Semua Imege Gambar Adalah Carian Google

LAGU NASYID KLASIK TERBAIK SEPANJANG ZAMAN #gemagegarvaganza #ggv

VIRALNEWS - Secara ringkasnya, lagu Nasyid adalah lagu yang berkaitan dengan agama Islam, puji-pujian kepada Allah SWT, kisah para Rasul/Nabi, kata-kata nasihat dan sewaktu dengannya. Pada permulaan kemunculan lagu Nasyid, ianya banyak dibawakan secara acapella iaitu nyanyian tanpa iringan muzik. Namun, tidak lama kemudian, irama Nasyid mengalami revolusi muzik tersendiri apabila muncul dengan pelbagai instrumen muzik yang lain seperti gendang, gambus, kompang, gitar dan sebagainya.Jika di Malaysia, irama Nasyid sudah lama bertapak di sini sejak era 70 an lagi dengan kemunculan kumpulan nasyid legenda Nusantara seperti Orkes Sinar Murni (Malaysia), Al-Mizan (Singapura/ 1977), Al-Jawaher (Singapura/1979), Orkes El-Surayya (Indonesia), Allahyarham Ahmadi Hassan (Malaysia) dan ramai lagi. Selepas itu, muncul pula kumpulan Nasyid era 80 an yang terdiri daripada kumpulan Nadamurni (1987) dan The Zikr (1990). Rasanya mungkin ramai sudah tahu bahawa kebanyakan ahli kumpulan Nasyid Raihan, Rabbani dan Hijjaz ini sebenarnya berasal daripada ahli kumpulan Nasyid Nadamurni dan The Zikr. Selain itu, irama Nasyid juga selalu didendangkan di sekolah rendah, menengah, mahupun institut pengajian tinggi melalui persembahan amal dan juga pertandingan nasyid yang diadakan oleh mereka sendiri. Bersempena dengan pertandingan Gema Gegar Vaganza yang tengah hangat berlangsung ini, di sini GV senarai 12 Lagu Nasyid Klasik Yang Sangat Popular di kalangan pengemar irama Nasyid sendiri. Lagu-lagu ini dipilih sebelum fenomena Nasyid  menguasai irama muzik Malaysia secara besar-besaran iaitu lagu Nasyid yang popular di bawah tahun 1997. Ada di antara lagu ini hanya diketahui oleh peminat nasyid tegar sahaja kerana tidak semua lagu Nasyid klasik ini popular di kalangan peminat muzik arus perdana. Ianya kerana lagu Nasyid Klasik pada masa itu belum lagi dikomersialkan secara menyeluruh kepada peminat muzik arus perdana sehinggalah kumpulan Raihan memecahkan tembok pasaran irama Nasyid kepada pasaran yang lebih luas dan popular.
Lagu Nasyid Klasik 
10 LAGU NASYID KLASIK PALING POPULAR DI MALAYSIA

01. SEPOHON KAYU - NADAMURNI II / SAUJANA
CATATAN : 
Lagu ini sangat popular di Malaysia sejak era 80 an lagi sehingga kini. Ianya menceritakan betapa pentingnya solat lima waktu ini dan hidup tidak bermakna jika ia ditinggalkan kerana solat itu tiang agama. Kumpulan Nadamurni adalah kumpulan paling awal merakamkan lagu ini secara komersial dan diikuti pula Kumpulan Nasyid Saujana pada tahun 1997. Lagu ini adalah antara lagu paling kerap dinyanyikan semula oleh peserta nyanyian pertandingan Nasyid di sekolah-sekolah harian, sekolah agama, kelas fardu ain (KAFA), institut pengajian tinggi dan banyak lagi. Ada info mengatakan lirik lagu ini dicipta oleh seorang ustaz bernama Ustaz Ahmad dari Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan sudah popular di kalangan peminat Nasyid sejak era 70 an. Namun, lagu ini betul-betul mencapai kemuncak popularitinya apabila lagu ini mula dimainkan di stesen televisyen RTM TV1 & TV2 seawal tahun 1986 terutamanya ketika sebelum waktu azan berkemundang di televisyen dan radio. Lagu ini juga kerap dimainkan ketika menjelangnya bulan puasa setiap tahun di Malaysia dan kini ianya menjadi salah satu lagu Nasyid paling popular di Malaysia sepanjang zaman. Di Indonesia pula, lagu ini telah dipopularkan oleh legenda Nasyid Indonesia, Allahyarham Ustaz Jefri Al Buchori dan juga artis lain seperti Umam, Wafiq Azizah dan juga Fatin Shidqia.

VIDEO MUZIK  NADAMURNI - SEPOHON KAYU



02. SELIMUT PUTIH - ORKES EL-SURAYYA (1968)/ORKES SINAR MURNI (1988)

CATATAN : 
Lagu popular ini adalah lagu ciptaan komposer terkenal Indonesia, Allahyarham Prof H.Ahmad Baqi daripada kumpulan Nasyid legenda Indonesia Orkes El-Surayya dan diterbitkan pada tahun 1968. Lagu yang mengingatkan kita bahawa kematian itu adalah pasti telah menjadi sangat popular dan fenomena di kalangan penggemar Nasyid Nusantara. Lagu ini juga pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Nasyid legenda Malaysia Orkes Sinar Murni (1988)  dan Biduanita Negara Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini (1998). Ada sesetengah peminat mengatakan lagu ini agak mengerunkan. Namun, mesej lagu ini sebenarnya adalah amat bagus untuk kita hayati agar kita sentiasa beringat dan mengamalkan amal kebaikan dalam kehidupan kita sebelum kita dijemput ke alam yang seterusnya. Orkes El-Surayya ini sebenarnya amat popular di Malaysia di era 70 an kerana mereka kerap dijemput membuat persembahan di serata tempat di Malaysia di zaman itu.

VIDEO MUZIK ORKES SINAR MURNI - SELIMUT PUTIH


03. JUNJUNGAN MULIA - AL-MIZAN
CATATAN : 
Lagu ini menceritakan mengenai sejarah ringkas kelahiran Rasullulah SAW. Oleh itu, tidak hairanlah jika lagu ini selalu dimainkan ketika Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun. Kumpulan Nasyid Al-Mizan boleh dikatakan kumpulan Nasyid wanita paling popular di era 70 an dan 80 an. Kumpulan yang berasal daripada Singapura ini cukup popular di Malaysia kerana banyak lagu mereka hits dan menjadi sebutan para peminat Nasyid ketika itu. Lagu ini pernah dirakamkan oleh penyanyi popular lain seperti Rabbani. Raihan, Hijjaz, Saujana, Nowseeheart dan In Team.

VIDEO MUZIK  AL-MIZAN - JUNJUNGAN MULIA


04. ALHAMDULLILAH - AL-MIZAN / KURNIA
CATATAN : 
Lagu ini adalah lagu kegemaran kanak-kanak  di era 80 dan 90 an. Lagu ini mengajar kita supaya bersyukur kepada Allah SWT atas segala nikmat kita perolehi. Lagu ini adalah nyanyian asal Biduanita Negara Allahyarhamha Normadiah di dalam filem Ali Baba Bujang Lapok tahun 1961. Dalam filem itu, Seniwati Legenda Datuk Sarimah meminjam suara arwah Normadiah untuk dinyanyikan di dalam filem berkenaan. Lagu ini pernah dirakamkan semula oleh kumpulan Nasyid  Al- Mizan dan Kurnia.
VIDEO MUZIK LAGU ALHAMDULLILAH
05. DOA PERPISAHAN - AN-NAURAH / BROTHERS
CATATAN : 
Lagu ini mengisahkan sebuah perpisahan di antara dua atau lebih sahabat yang sangat menghargai persabahatan mereka yang sejati, tulus dan ikhlas itu. Kelazimannya lagu ini kerap dijadikan lagu tema perpisahan bagi budak sekolah asrama dan juga budak insitut pengajian tinggi era 90 an. Ada info mengatakan lagu ini adalah nyanyian asal Kumpulan Nasyid wanita bernama An-Naurah. Selepas itu, Kumpulan Brothers pula merakamkan semula lagu ini di dalam album kedua mereka pada tahun 1998 dan meneruskan legasi populariti lagu ini sehingga kini. 
(P/S: GV pernah menyanyikan lagu ini  bersama rakan-rakan di dalam Kelas Fardhu Ain (KAFA) di Dungun Terengganu di antara tahun 1991-1995. Memori sungguh.huhu.)

VIDEO MUZIK BROTHERS - DOA PERPISAHAN
06. DI PONDOK KECIL - NADAMURNI (1987)
CATATAN :
Lagu yang mengisahkan kisah pengorbanan seorang ayah terhadap keluarga dan kasih sayang seorang anak kepada ayahnya sememangnya amat shahdu dan popular di kalangan peminat Nasyid. Lagu ini juga boleh dikatakan lagu wajib tahu jika anda adalah pendengar muzik Nasyid yang sejati kerana impak lagu ini juga sehebat lagu Nasyid Klasik popular yang lain.

VIDEO MUZIK NADAMURNI - DI PONDOK KECIL


07. RASULULLAH - THE ZIKR  (1990) / HIJJAZ (1997)
CATATAN : 
Sebelum kumpulan Hijjaz mempopularkan lagu Rasullulah pada tahun 1997, lagu ini sebenarnya terlebih dahulu dirakamkan oleh kumpulan Nasyid The Zikr pada tahun 1990. Yang menariknya penyanyi utama kumpulan The Zikr ini adalah Nazrey daripada kumpulan Raihan dan lebih menarik lagi apabila pencipta lagu ini sebenarnya adalah Munif iaitu penyanyi utama kumpulan Hijjaz. 
https://youtu.be/q1OCsC7bXMI
VIDEO MUZIK THE ZIKR - RASULLULLAH


08. SOLLATULLAH - AL-MIZAN

VIDEO MUZIK  AL-MIZAN - SOLLATULLAH

09. KAWAN - SUARA FIRDAUS / U.N.I.C
CATATAN : 
Lagu ini  menceritakan kisah sebuah persahabatan sejati di mana seorang sahabat itu menasihati rakannya agar tabah menghadapi kehidupan. Lagu ini adalah nyanyian asal kumpulan Nasyid Suara Firdaus (thumbnail video kat bawah bukan gambar sebenar kumpulan Suara Firdaus) dan dipopularkan kembali oleh kumpulan U.N.I.C. Lagu ini antara lagu yang kurang diketahui oleh peminat muzik arus perdana tetapi sangat popular di kalangan pengemar irama Nasyid.


VIDEO MUZIK SUARA FIRDAUS - KAWAN 

10. IBU MITHALI - ORKES SINAR MURNI
CATATAN : 
Lagu ini menceritakan kisah seorang ibu yang dipuji kerana menjadi ibu yang mithali dan ikon kepada anak-anaknya. Kumpulan Rabbani pernah menyanyikan semula lagu ini di dalam album mereka. 
https://youtu.be/u0FoYTwpR6A
VIDEO MUZIK ORKES SINAR MURNI - IBU MITHALI

11. KESEDARAN - HIDAYAH
CATATAN : 
Lagu ini mengisahkan kesedaran mengenai kebesaran Allah SWT dan bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Kumpulan Hidayah adalah kumpulan Nasyid yang berasal daripada Malaysia dan juga seangkatan dengan kumpulan Nasyid wanita popular yang lain seperti Al-Mizan dan Al-Jawaher.

VIDEO MUZIK HIDAYAH - KESEDARAN


12. YA RASULULLAH SALAMUN ALAIKA - NADAMURNI / RAIHAN

VIDEO MUZIK NADAMURNI - YA RASULULLAH SALAMUN ALAIKA

Lagu Nasyid Klasik
Rujukan :
Semua Video Daripada YouTube Channel

PESERTA THE VOICE THAILAND NYANYI LAGU DIKIR PUTERI NORANIZA IDRIS. RAP DALAM BAHASA THAILAND.

VIRALNEWS - Jika anda peminat lagu Dikir Puteri nyanyian Diva Irama Malaysia/Pop Etnik Noraniza Idris. pastinya anda tahu yang lagu Dikir Puteri sememangnya amat popular di Thailand. Lagu ciptaan Pak Ngah dan liriknya oleh Hairul Anuar Harun sudah popular sejak tahun 1998 lagi. Terdapat  banyak versi lagu Dikir Puteri di Thailand dan kebanyakannya berentak Dance Music remix, Hip Hop Remix dan banyak lagi.


Beberapa tahun lepas, ada sekumpulan peserta tarian Thailand bertanding di dalam pertandingan tarian di negara mereka dengan menggunakan lagu Dikir Puteri sebagai lagu iringan tarian mereka. Terbaru, rancangan popular Thailand iaitu The Voice Thailand juga turut menampilkan lagu yang sama apabila peserta pertandingan ini iaitu Pathita dan Saran menyanyikan lagu Dikir Puteri dengan caranya tersendiri. Walaupun ada pelat Siam dalam nyanyian mereka, namun, persembahan mereka dengan siap berpakaian baju kebaya dan baju Melayu ini sangat mengagumkan dan patut diberi pujian. Lebih menarik lagi, rap dalam Bahasa Thailand turut dinyanyikan di dalam lagu ini sebagai satu bentuk improvasi kepada persembahan  hebat mereka. Kumpulan tarian yang mengiringi persembahan ini  ialah Kumpulan Dikir Hulu Selatan Thailand. Jom tengok video di bawah. :)

Video Persembahan Lagu Dikir Puteri di The Voice Thailand Season 6 2018

VIRAL NEWS
Blog Hiburan Informasi Kababoom



Sumber : AwaniOhBulanNST,COM, The Voice Thailand, Google Image, GalaxyViral

PENYANYI LELAKI PALING BERJAYA DI MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

GALAKSI VIRAL - Mari kita lihat siapakah Penyanyi Lelaki Paling Berjaya di Malaysia Sepanjang Zaman. Pemilihan dilakukan berdasarkan bakat dan populariti yang setara dan mempunyai impak yang hebat terhadap industri muzik Malaysia amnya.




PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA


01. ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE
NAMA PENUH : Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
UMUR : 44 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 22 Mac 1929
TEMPAT LAHIR : Pulau Pinang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1945 - 1973
CATATAN :
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee adalah  Penyanyi Lelaki, Penghibur dan Legenda Muzik No.1 Malaysia. Arwah adalah penanda aras paling atas dan Ikon Muzik Malaysia sepanjang zaman. Semua karya beliau adalah masterpiece dan evergreen.

02. ALLAHYARHAM DATO' SUDIRMAN
NAMA PENUH : Sudirman bin Arshad
UMUR : 37 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 25 Mei 1954
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaysia.
TAHUN AKTIF : 1976 - 1992
CATATAN :
Allahyarham Dato' Sudirman adalah Penghibur No.1 Malaysia yang cukup terkenal dengan pelbagai gimik persembahan di atas pentas. Beliau juga merupakan penyanyi yang sangat versatile kerana boleh menyanyikan pelbagai jenis rentak lagu dengan baik sekali. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang Legenda Muzik Malaysia yang cukup dihormati rakyat jelata kerana kebanyakan lagu-lagu beliau sangat dekat dengan kehidupan rakyat tempatan serta kejayaan beliau memenangi anugerah antarabangsa iaitu Penghibur No.1 Asia di Saleem Music Award Festival 1989, London.

03. DATO' M.NASIR
NAMA PENUH : Mohamad Nasir bin Mohamad
UMUR : 61 tahun
TARIKH LAHIR : 04 Julai 1957
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Dato' M.Nasir diberi gelaran Sifu Muzik Malaysia kerana kehebatan beliau di dalam bidang seni nyanyian Malaysia. Beliau merupakan Artis Lelaki Pertama yang menang tiga anugerah utama bidang nyanyian iaitu Artis Paling Popular Anugerah Bintang Popular 1994, Juara Anugerah Juara Lagu 1994 & 1999 dan Album Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001/2002. Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang komposer paling popular di Malaysia kerana banyak lagu beliau meletop di pasaran muzik tempatan.

04. DATO' JAMAL ABDILLAH
NAMA PENUH : Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 07 Mei 1959
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1979 - kini
CATATAN :
Beliau digelar sebagai Raja Pop Malaysia. Nama beliau sentiasa berada di papan atas industri muzik Malaysia sejak awal 80 an sehinggalah kini. Selain itu, vokal emas yang dimiliki beliau juga menjadikan beliau di antara vokalis lelaki terbaik di Malaysia.

05. DATO' AWIE
NAMA PENUH : Ahmad Azhar bin Othman
UMUR : 50 tahun
TARIKH LAHIR : 24 November 1968
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1985 - kini
CATATAN :
Dato' Awie adalah Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 1995, 1996,1997, 1998 dan 1999. Beliau juga digelar Raja Rock Malaysia. Banyak lagu solo beliau yang hits dan menjadi evergreen sehingga ini seperti Tragedi Oktober, Ukiran Jiwa, Ratuku, Di Penjara Janji, Terima Kasih dan banyak kali.

06. ANUAR ZAIN
NAMA PENUH : Shahrul Anuar bin Zain
UMUR : 48 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Februari 1970
TEMPAT LAHIR : Melaka, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1983 - kini
CATATAN :
Beliau digelar Raja R&B dan Raja Balada Malaysia. Semua album solo beliau meletop di pasaran. Beliau juga merupakan di antara vokalis terbaik negara dan pernah memenangi anugerah Vokalis Lelaki Terbaik di AIM sebanyak tiga kali. Selain itu, Anuar juga merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 2002, 2003 dan 2004. Anuar Zain adalah di antara segelintir artis Melayu yang cukup diminati dan dikenali oleh peminat bukan Melayu di Malaysia selain Dato' Seri Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Yuna, Dato' Sheila Majid dan Ayda Jebat.

07. ALLAHYARHAM TAN SRI SM SALIM
NAMA PENUH : Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al-Mahros
UMUR : 88 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 30 Julai 1928
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1949 - 2016
CATATAN :
Allahyarham adalah Raja Irama Malaysia yang unggul dan terkenal dengan gayanya yang tersendiri. Arwah merupakan penyanyi kedua yang mendapat gelaran Tan Sri selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Selain itu, arwah juga mencipta rekod tersendiri apabila menjadi satu-satunya artis era 50 an yang mempunyai album laris dan bersaing hebat dengan artis muda di era 2000 an.

08. DATUK RAMLI SARIP
NAMA PENUH : Ramli bin Sarip
UMUR : 66 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Oktober 1962
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1975 - kini
CATATAN :
Beliau digelar sebagai Papa Rock Malaysia dan Singapura. Beliau juga merupakan perintis kepada muzik rock di Malaysia dan Singapura. Selain menyanyikan lagu Rock, beliau juga boleh menyanyikan lagu Irama Malaysia dan Pop Etnik dengan begitu baik sekali.

09. AMY SEARCH
NAMA PENUH : Suhaimi bin Abdul Rahman
UMUR : 60 tahun
TARIKH LAHIR : 28 Julai 1958
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1981 - kini
CATATAN :
Raja Rock N Roll ini adalah merupakan salah seorang Ikon Muzik Rock Malaysia yang terbaik. Nama beliau bukan sahaja popular di Malaysia, malah, turut popular di Indonesia. Beliau juga dikenali sebagai Artis Rock Stailo kerana imej beliau yang sentiasa up to date dan ada gaya tersendiri.

10. ALLAHYARHAM DATUK AHMAD JAIS
NAMA PENUH : Mohd Jais bin Ahmad
UMUR : 75 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 28 Mac 1936
TEMPAT LAHIR : Selangor
TAHUN AKTIF : 1965 - 2011
CATATAN :
Allahyarham adalah Ikon Muzik Pop Klasik yang sangat dikagumi ramai kerana kualiti vokal beliau yang unik dan merdu. Beliau juga cukup dikenali dengan lagu Selamat Hari Raya yang juga merupakan salah satu lagu Raya paling popular sepanjang zaman di Malaysia.

11. FAIZAL TAHIR
NAMA PENUH : Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
UMUR : 40 tahun
TARIKH LAHIR : 26 Oktober 1978
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur
TAHUN AKTIF : 2004 - kini
CATATAN :
Faizal Tahir adalah Raja Pop/Rock Moden Malaysia untuk era 2000 an/2010 an. Beliau merupakan penghibur dan komposer muzik yang hebat dan menjadi perintis kepada revolusi muzik moden Malaysia untuk era pertengahan 2000 an sehingga kini. Nama Faizal Tahir juga popular di kalangan peminat muzik bukan Melayu seperti Anuar Zain.

12. DATO' ZAINALABIDIN
NAMA PENUH : Zainal Abidin bin Mohamad
UMUR : 59 tahun
TARIKH LAHIR : 04 November 1959
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1977 - kini
CATATAN :
Beliau merupakan Raja World Music/Pop Etnik Malaysia yang masih tiada tandingannya sehingga kini. Empat album studio beliau  kerap diiktiraf   sebagai di antara album Malaysia terbaik pernah diterbitkan (Hijau, Gamal, Terang..Sang & Puteri). Beliau juga dikenali sebagai Penghibur Serba Boleh dan pernah mendapat Anugerah Emas di Festival Muzik Tokyo 1992 di atas kejayaan beliau di dalam bidang muzik.

13. HAFIZ SUIP
NAMA PENUH : Mohd Hafiz bin Mohd Suip
UMUR : 28 tahun
TARIKH LAHIR : 27 Februari 1990
TEMPAT LAHIR : Sarawak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2009 - kini
CATATAN :
Hafiz adalah penyanyi generasi muda yang mempunyai bakat besar dan bakal menjadi legenda muzik tanahair suatu hari nanti. Beliau adalah di antara segelintir penyanyi lelaki yang berjaya merangkul anugerah utama bidang nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik dan juga Anugerah Bintang Popular. Beliau juga merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia dari tahun 2011 sehingga tahun 2013.

14. MAWI
NAMA PENUH : Asmawi bin Ani
UMUR : 37 tahun
TARIKH LAHIR : 25 Ogos 1981
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2005
CATATAN :
Beliau merupakan Penyanyi Lelaki No.1 Malaysia untuk tahun 2005, 2006, 2007 dan 2008. Pada waktu kemuncak kerjaya beliau, hampir semua album beliau sangat laris di pasaran. Beliau juga merupakan satu - satunya artis lelaki menang tiga kali berturut-turut Anugerah Bintang Popular dari tahun 2005 hingga 2007. Tsumawi world pasti akan diingati sebagai salah satu detik fenomena di dalam sejarah muzik Malaysia.

15. ALLAHYARHAM R. AZMI
NAMA PENUH : Ahmad Jalaludin
UMUR : 51 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 1923
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1949 - 1974
CATATAN :
Terdapat beberapa versi sejarah hidup mengenai Legenda Muzik Malaysia R.Azmi. Walaupun begitu, satu perkara yang jelas, beliau ialah di antara penyanyi era 50 an yang cukup disegani oleh masyarakat seni hari ini kerana kualiti bakat dan fenomena lagu beliau yang tetap popular sehingga kini. Sehingga kini, sudah ada dua filem gred A telah diterbitkan mengenai sejarah hidup beliau iaitu filem Jimi Asmara dan Dari Kerana Mata.

16. DATO' M.DAUD KILAU
NAMA PENUH : Muhammad Daud bin Kilau
UMUR : 79 tahun
TARIKH LAHIR : 10 Julai 1938
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1968 - kini
CATATAN :
Beliau pernah digelar Raja Irama Malaysia, Raja Dangdut Malaysia dan juga Raja Gelek Malaysia. Beliau pernah memenangi Anugerah Penyanyi Lelaki Popular era 70 an dan ini menjadikan beliau adalah Penyanyi Lelaki No.1 era 70 an.

17. SALEEM 
NAMA PENUH : A.M. Saleem Abdul Majid
UMUR : 57 tahun
TARIKH LAHIR : 31 Ogos 1961
TEMPAT LAHIR : Terengganu, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1989 - kini
CATATAN :
Nama Saleem cukup popular di Malaysia dan juga di Indonesia. Boleh dikatakan Saleem mempunyai magis tersendiri kerana hampir semua lagu atau album dikeluarkan oleh beliau mendapat perhatian dan laris di pasaran. Beliau juga digelar Raja Balada/Slow Rock Malaysia.

18. DATO' HATTAN
NAMA PENUH : Mohd Shukri bin Shahabudin
UMUR : 54 tahun
TARIKH LAHIR : 21 Disember 1964
TEMPAT LAHIR : Negeri Sembilan, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1987 - kini
CATATAN :
Beliau digelar Raja Blues Rock Malaysia dan di antara vokalis terbaik negara kita. Vokal rock beliau yang lain daripada lain itu menjadikan beliau salah seorang Ikon Muzik Rock terbaik di Malaysia.

19. DATO' NASSIER WAHAB
NAMA PENUH : Mohd Nasir bin Abd. Wahab
UMUR : 56 tahun
TARIKH LAHIR : 18 April 1962
TEMPAT LAHIR : Kedah, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1985 - kini
CATATAN :
Beliau cukup dikenali dengan imej awet muda dan kelunakan vokal beliau yang cukup merdu dan shahdu. Beliau juga di antara penyanyi era 80 an yang masih popular sehingga kini dan masih dapat bersaing hebat dengan artis generasi muda yang lain.

20. DATUK  JEFFRYDIN
NAMA PENUH : Raden Jeffrydin bin Raden Imbromsoekaman
UMUR : 71 tahun
TARIKH LAHIR : 1947
TEMPAT LAHIR : Singapura
TAHUN AKTIF : 1962 - kini
CATATAN :
Beliau dikenali sebagai Raja Pop Yeh Yeh Malaysia untuk era 60 an sehingga kini. Bila sebut nama beliau, automatik kita akan goyang kepala sambil menyanyi lagu Pop Yeh Yeh beliau yang paling popular iaitu lagu berjudul Kenanganku. Beliau selayaknya digelar Ikon Muzik Pop Yeh Yeh.



----------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA ETNIK SABAH)

MENDIANG DATUK JOHN GAISAH
NAMA PENUH : Lapius John Gaisah
UMUR : 26 tahun (Meninggal Dunia)
TARIKH LAHIR : 08 April 1955
TEMPAT LAHIR : Sabah, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1971 - 1981
CATATAN :
Mendiang Dato' John Gaisah adalah seniman agung Sabah sepanjang zaman yang cukup dihormati dan juga Ikon Muzik Sabah yang sangat terkenal di sana. Beliau juga dikenali sebagai Tom Jones Sabah dan Penghibur No.1 yang tiada tolok bandingannya.Impak fenomena dan pengaruh beliau di dalam muzik Bahasa Etnik Sabah sememangnya amat hebat dan besar.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA ETNIK SARAWAK)

GABRIEL FAIRUZ LOUIS
NAMA PENUH : Gabriel Fairuz Louis
UMUR : 33 tahun
TARIKH LAHIR : 15 Mei 1985
TEMPAT LAHIR : Pahang, Malaysia
TAHUN AKTIF : 2009 - kini
CATATAN :
Gabriel adalah satu-satunya Penyanyi Solo Sarawak yang paling banyak memenangi pelbagai Anugerah Muzik Sarawak iaitu lebih 10 anugerah. Beliau juga dikenali sebagai perintis atau artis solo revolusi Iban pertama di Sarawak dan Ikon Muzik Moden Iban. Selain itu, beliau juga merupakan artis Iban pertama bertanding di peringkat antarabangsa dengan menyanyikan lagu Iban yang berjudul Pechaya di International Pop Music Festival 2013 di Varna, Bulgaria. Lebih menarik lagi, beliau juga dilantik sebagai Duta Belia Transformasi Nasional 50 bagi kategori Seni dan Budaya Malaysia.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA MANDARIN)

MICHEAL WONG
NAMA PENUH : Wong Kong Leong
UMUR : 48 tahun
TARIKH LAHIR : 30 Ogos 1970
TEMPAT LAHIR : Perak, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1995 - kini
CATATAN :
Michael adalah Putera Lagu Cinta Bahasa Mandarin paling popular di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan juga China. Beliau juga turut dikenali sebagai komposer dan pelakon filem/TV yang popular di kalangan peminat industri hiburan Bahasa Mandarin.

------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA TAMIL)

YOGI B
NAMA PENUH : Yogeswaran Veerasingam
UMUR : 44 tahun
TARIKH LAHIR :1974
TEMPAT LAHIR : Kuala Lumpur, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1990 - kini
CATATAN :
Yogi B adalah Raja Hip Hop Tamil Malaysia dan juga sangat popular di dalam industri Kollywood, India. Beliau pernah menerima Anugerah Khas (Bidang Muzik) di Festival Kesenian ke 11 Universiti Kebangsaan Malaysia.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENYANYI LELAKI 
PALING BERJAYA DI MALAYSIA
(BAHASA PERANCIS / EROPAH)

DATO' SHAKE
NAMA PENUH : Dato' Sheikh Abdullah bin Ahmad
UMUR : 68 tahun
TARIKH LAHIR : 1950
TEMPAT LAHIR : Johor, Malaysia
TAHUN AKTIF : 1976  - kini
CATATAN :
Dato' Shake adalah penyanyi Malaysia pertama yang berjaya merakamkan album di luar negara seawal era 70 an lagi iaitu di Perancis. Beliau juga pernah membuat persembahan di negara yang lain seperti Belgium, Switzerland, Greece, Kanada, USA, Afrika Utara, Itali, Yugoslavia, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GALAKSI VIRAL
Blog Hiburan Informasi Kababoom
https://galaksiviral.blogspot.my/





Sumber : Yogi B UKM AwardDatoShake.ComgabrielfairuzlouisofficialUtusan Borneo GabrielTop 18 Dayak ArtistJohn GaisahJohn Gaisah2R.Azmi UtusanSejarah Hidup R.AzmiJeffrydinarkibnegara.blogspot.my